Barcelona hampiri kejuaraan La Liga

Barcelona hampiri kejuaraan La Liga

ROBERT Lewandowski tidak berminat bermain di Arab Saudi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BARCELONA: Barcelona memperkenalkan pemain berusia 15 tahun, Lamine Yamal ketika menumpaskan Real Betis 4-0 untuk mengukuhkan kedudukan pendahulu La Liga kepada 11 mata.

Yamal yang merupakan produk Akademi Barcelona adalah pemain kedua termuda dalam sejarah kelab selepas Albert Almasque pada 1902 yang bermain dalam Piala Macaya pada usia 13 tahun, 11 bulan dan enam hari.

Yamal dibawa masuk pada minit ke-84  menggantikan Gavi untuk penampilan sulungnya pada usia 15 tahun, sembilan bulan dan 16 hari.

“Dia memiliki bakat luar biasa di bahagian serangan. Dia tidak kelihatan seperti baru berusia 15 tahun, dia lebih matang daripada usianya. Saya melihatnya dalam latihan dan dia menunjukkannya.

“Dia bermain 10 minit tetapi melakukannya dengan baik, dia mampu melakar sesuatu bersama kelab,” kata pengurus Barcelona, Xavi Hernandez.

Yamal sempat melakukan percubaan tepat dalam kemenangan yang membawa Barca menghampiri kejuaraan La Liga ketika saingan berbaki enam perlawanan.

Dalam aksi di Camp Nou, awal pagi tadi, jaringan Andreas Christensen, Raphinha, Robert Lewandowski dan gol sendiri Guido Rodriguez memastikan kemenangan besar Barca.

Betis turut bernasib malang mengharungi hampir setengah jam permainan dengan 10 pemain selepas pertahanan mereka, Edgar Gonzalez dibuang padang kerana menerima kad kuning kedua.

Real Madrid sebelum itu menewaskan Almeria 4-2 untuk merapatkan jurang kepada lapan mata tetapi Barcelona kembali mengukuhkan kedudukan selepas membelasah Betis. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya