AS harap Malaysia layak sertai Piala Dunia 2026

AS harap Malaysia layak sertai Piala Dunia 2026

SEBANYAK 48 pasukan akan bertanding dalam Piala Dunia 2026.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Amerika Syarikat (AS) yang menjadi tuan rumah Piala Dunia 2026 bersama Mexico dan Kanada berharap skuad bola sepak Malaysia mampu memahat sejarah melayakkan diri buat kali pertama ke kejohanan berprestij itu.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Duta AS ke Malaysia, Brian D. McFeeters melihat Malaysia antara pasukan dari Asia Tenggara yang berpotensi melayakkan diri selain Thailand dan ­Vietnam.

Katanya, memandangkan penyertaan pasukan pada edisi ke-23 Piala Dunia itu dipertingkatkan daripada 32 kepada 48, beliau percaya akan ada kejutan dilakukan oleh negara Asia Tenggara yang berjaya menempatkan diri buat kali pertama.

Brian D. McFeeters

“Saya akan berasa sangat gembira sekiranya Malaysia dapat menyertai kejohanan ini.

“Apa pun terpulang kepada Malaysia dan usaha yang ditunjukkan oleh pasukan bola sepak kamu, namun saya berharap Malaysia layak menyertainya,” katanya ketika ditemui di pejabat kedutaan baru-baru ini.

Ini kali kedua AS menjadi tuan rumah Piala Dunia selepas 1994, dan kali ini Atlanta, Boston, Dallas, Houston, Kansas city, Los Angeles, Miami, New York, New Jersey, Philadelphia, San Francisco serta Seatlle antara bandar raya yang bakal terlibat.

“Ada beberapa lagi bandar yang terlibat yang belum disenaraikan untuk penganjuran berkenaan,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya