Aaron-Wooi Yik perlu masa untuk bangkit

Aaron-Wooi Yik perlu masa untuk bangkit

AARON CHIA-SOH WOOI YIK (AFP)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Itulah perum­pamaan kepada prestasi turun naik beregu lelaki badminton negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang berharap diberi ruang untuk membetulkan jalan mereka.

Selepas merangkul gelaran dunia, tahun lalu, Aaron dan Wooi Yik berdepan kemerosotan prestasi dan sehingga kini anak didik Rexy Mainaky itu masih tercari-cari rentak bagi membuktikan mereka masih lagi gandingan handalan dunia.

“Bulan depan kelayakan ­Olimpik bermula, saya akui teruja dan gementar untuk cabaran ini, kami memang melakukan persediaan rapi dan berharap Kejuaraan Asia di Dubai (25-30 April) dapat mengembalikan keyakinan kami,” kata Aaron ketika ditemui pemberita di Akademi Badminton Malaysia dekat sini, kelmarin.

Ketika ditanya apakah bebanan yang mengganggu mereka berdua setiap kali berada dalam gelanggang, Aaron memberitahu, sukar untuknya menjelaskan mengenai perkara tersebut kerana ia mungkin melibatkan persediaan mental ketika dalam gelanggang.

“Kami memang fokus kepada permainan, cuma kesilapan yang kerap dilakukan perlu dielak, sebab itu pada ketika ini kami bekerja keras untuk perbaiki kelemahan tersebut melalui latihan simulasi,” ujarnya.

Mengulas mengenai teknik latihan tersebut, pemain dari Melaka itu menjelaskan, tidak banyak yang boleh dikongsi ­kerana ia sesuatu yang agak sensitif.

Bagaimanapun latihan tersebut memadai membuka mata mereka tentang kesilapan yang dilakukan ketika dalam gelanggang.

“Macam jurulatih Rexy cakap, kita buat simulasi ini untuk betulkan kesilapan yang biasa kami lakukan seperti kesilapan tidak disengajakan yang kerap kami buat, saya akui latihan sebegini satu kelainan yang membantu perbaiki kelemahan kami,” tambahnya.

Sementara itu, mengulas pula mengenai beraksi di laman sendiri pada Malaysia Master, bulan depan, rakan gandingan Aaron, Wooi Yik yang enggan meletakkan sebarang sasaran berkata, bermain di depan penyokong Malaysia diakui berbeza ketika beraksi di Jepun atau di Eropah yang sekadar bertepuk tangan ketika menyaksikan perlawanan.

Menurutnya, bukan mudah beraksi di tanah air sendiri dan persediaan mental perlu dilakukan secara rapi agar tekanan yang hadir dapat diuruskan dengan baik.

“Banyak sebenarnya yang perlu kami perbaiki baik dari segi kemahiran dan teknikal untuk bagi lebih serasi, cuma saya enggan letakkan harapan terlalu tinggi sama ada di Malaysia Masters atau pun Kejuaraan Asia,” tegasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya