40 pingat emas sasaran Malaysia di Sukan SEA Kemboja

40 pingat emas sasaran Malaysia di Sukan SEA Kemboja

KETUA Kontinjen Negara ke Sukan SEA 2023, etua Kontinjen ke Sukan SEA Kemboja 2023 Datuk Mohd. Nasir Ali mengibarkan Jalur Gemilang. - UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Hanya berbaki lima hari sebelum Sukan SEA 2023 membuka tirai 5 Mei depan, kontinjen Malaysia akhirnya mengumumkan sasaran pingat ke di Kemboja iaitu 40 pingat emas, 37 perak dan 64 gangsa.

Perkara itu diumumkan Menteri Belia dan Sukan (KBS), Hannah Yeoh selepas Majlis Sukan Negara (MSN) dan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) mengendalikan sesi libat urus bersama semua persatuan sukan kebangsaan yang bertanding dalam temasya dwitahunan edisi ke-32 nanti.

Katanya juga, sasaran itu turut dibuat setelah mengambil kira keputusan negara penganjur yang tidak menyenaraikan 57 acara yang dipertandingkan dalam Sukan SEA 2021 yang menyaksikan kontinjen negara kehilangan 18 pingat emas, 16 Perak dan 30 gangsa.

Bagaimanapun, beliau turut menyatakan keyakinannya kepada barisan atlet yang rata-ratanya beraksi kali pertama dalam temasya ini bahawa tidak mustahil mereka mampu mencipta kejutan dan menambah pungutan pingat di Phom Pehn nanti.

HANNAH Yeoh bergambar bersama atlet negara yang akan beraksi di Sukan SEA.

“Kita telah adakan tiga sesi sebelum mengumumkan sasaran pingat, kita letak jumlah itu sebab ramai atlet yang tiada peluang bertanding di luar negara walaupun sudah lama berlatih dan menjadi atlet kebangsaan. Jadi keputusan membawa mereka dan sasaran itu adalah sesuai dengan keadaan semasa.

“Kontinjen Malaysia kali ini akan dianggotai 928 anggota, terduduk daripada 677 atlet dan selebihnya pegawai. Daripada 677 atlet itu, 440 daripadanya merupakan atlet yang akan membuat penampilan pertama dalam Sukan SEA.

“Sukan olahraga menyaksikan penyertaan jumlah teramai iaitu serama 65 atlet dan 21 pegawai. Selain itu, 262 atlet dan 90 pegawai lain tee diri daripada tujuh acara berpasukan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya