Zii Jia mara, Aaron-Wooi Yik tersungkur di All England 2023

Zii Jia mara, Aaron-Wooi Yik tersungkur di pusingan pertama All England 2023

LEE ZII JIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BIRMINGHAM: Perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia bermula dengan langkah kanan dalam pusingan pertama Kejohanan Badminton Seluruh England 2023 yang berlangsung di Utilita Arena Birmingham sebentar tadi.

Zii Jia yang diletakkan sebagai pilihan keempat mempamerikan corak permainan menarik untuk mengatasi lawan dari Thailand, Sittikom Thammasin sebelum melangkah ke pusingan kedua dengan kemenangan 21-12, 21-15 dalam tempoh 33 minit.

Menanti Zii Jia di pusingan kedua esok merupakan jaguh China, Shi Yuqi yang pernah menewaskannya ketika perlawanan akhir Terbuka Denmark Oktober lalu.

“Perlawanan hari ini berlangsung dengan baik dan saya berasa cukup selesa di dalam gelanggang. Saya sentiasa beraksi dengan baik di kejohanan ini, dan ini pula merupakan penampilan saya yang keempat, jadi berharap saya mampu mencari semula diri saya di gelanggang ini.

“Pastinya ia membabitkan keadaan mental, dan setakat ini semuanya berjalan lancar dan saya sedang berusaha untuk meraih semula keyakinan semula,” jelas Zii Jia kepada responden Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

Kejutan berlaku membabitkan acara beregu lelaki apabila pilihan kedua kejohanan, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik ditunjukkan jalan keluar oleh pasangan muda Indonesia, Leo Rolly Carnando-Daniel Marthin setelah tumpas dengan keputusan 18-21, 21-14, 13-21.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya