United sedia bayar RM433 juta untuk dapatkan Kane

United sedia bayar RM433 juta untuk dapatkan Kane

HARRY KANE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Pengurusan tertinggi Manchester United meluluskan peruntukan bernilai 80 juta pound (RM433 juta) untuk membawa masuk penye­rang sensasi England, Harry Kane dari Tottenham.

Kane, 29, dikatakan mahu me­ninggalkan Spurs selepas 14 tahun menyarung jersi kelab London itu apabila pasaran perpindahan musim panas dibuka, Jun nanti.

Chelsea, ­Bayern Munich dan Barcelona antara pasukan yang me­ngintai khid­mat Kane, namun United dikatakan menjadi ‘pilihan utama’ dan bersedia menyelesaikan perjanjian ‘dalam beberapa minggu’.

Pengurus Red Devils, Erik ten Hag amat dikenali sebagai pe­minat kapten England itu, yang terus mengukuhkan statusnya sebagai penjaring terhebat de­ngan memahat rekod bersama skuad kebangsaan baru-baru ini.

Minggu lalu, Kane memintas rekod Wayne Rooney sebagai penjaring gol terbanyak England sepanjang masa, pencapai­an yang turut dilakukan bersama Tottenham awal musim ini.

Ten Hag tidak sabar untuk mendapatkan penyerang itu, yang sebelum ini membatalkan hasrat menyertai Manchester City pada 2021.

Pengerusi Tottenham, ­Daniel Levy menggagalkan perpindahan Kane ke City dua tahun lalu, namun Spurs yang ketika ini tidak mempunyai pengurus selepas memecat Antonio Conte dijangka tidak menghalang Kane daripada mengejar cita-citanya.

Bintang Tottenham itu akan memasuki 12 bulan terakhir kontraknya dan Levy masih tamak kerana tidak mahu melepaskannya secara percuma.

Kane yang akan mencecah umur 30 tahun sebelum permulaan kempen 2023/22024 tidak sabar-sabar mahu memenuhi cita-citanya untuk menjulang trofi kejuaraan setelah terlepas peluang itu sepanjang kerja­yanya yang cemerlang sebelum ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya