Tiada siapa sanggup beli United pada harga RM32.4b

Tiada siapa sanggup beli United pada harga RM32.4b

MANCHESTER United sukar dijual dalam masa terdekat kerana tiada siapa mampu memenuhi harga yang ditetapkan pemilik kelab.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Pengambilalihan Man­chester United ditangguh sehingga Mei depan kerana Glazers tetap menuntut harga 6 bilion pound (RM32.4 bilion) yang ditetapkan, menurut laporan.

United menerima beberapa tawaran sejak dua minggu lalu dan antara pembida terlibat ialah Sheikh Jasim bin Hamad al-Thani dan Sir Jim Ratcliffe, dengan kedua-duanya menawarkan harga maksimum 4.5 bilion pound (RM24.3 bilion).

Bagaimanapun, Glazers berhasrat mendapatkan 6 bilion yang ditetapkan untuk penjualan United, melalui penilaian terbaharu oleh pakar kewangan mereka.

Harga itu turut dimasukkan dalam konteks yang lebih jelas oleh penilaian terbaharu kelab menerusi ruangan ‘Lex’ dalam Financial Times.

Sheikh Jassim bin Hamad al-Thani

Berdasarkan pengiraan ‘analisis aliran tunai terdiskaun’, United hanya bernilai 1.32 bilion pound (RM7 bilion), iaitu tidak sampai satu perempat dalam 6 bilion yang dikehendaki Glazers.

Penilaian itu kelihatan rendah, namun jika ditambah de­ngan saham United yang berdagang di Bursa Saham New York, nilainya mungkin meningkat kepada 2.8 bilion pound (RM15 bilion).

Ia termasuk penilaian terhadap pendapatan dan set model penjualan Chelsea kepada Todd Boehly tahun lalu, jumlahnya masih separuh daripada tuntu­tan iaitu 3.55 bilion pound (RM19 bilion).

Angka-angka itu mungkin men­jadi pendorong kepada pem­bida meletakkan harga ren­dah, ditambah pula gergasi petro­kimia, Ineos milik Ratcliffe hanya menyasarkan 69 peratus kepentingan Glazers yang akan terjual, meskipun Sheikh Jassim mahukan pemilikan penuh.

Sementara itu, United memenangi trofi pertama mereka sejak 2017 lalu dalam perlawanan akhir Piala Carabao, dengan kemenangan 2-0 ke atas New­castle. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya