Ten Hag tidak sabar ‘hirup’ udara Anfield

Ten Hag tidak sabar ‘hirup’ udara Anfield

PEMAIN Manchester United menjalani latihan akhir semalam sebelum berdepan pertarungan paling mencuri tumpuan dalam Liga Perdana Inggeris, menentang musuh ketat, Liverpool di Anfield awal pagi esok. – IHSAN MANCHESTER UNITED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER: Pengendali Man­­chester United, Erik ten Hag menegaskan, pemainnya tidak gentar beraksi di Anfield, malah tidak sabar mahu beraksi di depan penyokong fanatik ­Li­verpool apabila mereka ­berentap dalam aksi Liga Perdana Inggeris awal pagi esok.

Walaupun United berada di kedudukan lebih tinggi berban­ding Liverpool iaitu tempat ketiga liga dengan 10 mata me­ngatasi Reds yang berada di tempat keenam, namun Ten Hag mengakui pertemuan esok adalah ujian terbesar buat mereka.

Ini pengalaman pertama jurulatih dari Belanda itu berdepan pertarungan dua musuh ketat di Anfield.

Dia sudah mempersiapkan pasukannya untuk menghadapi suasana ‘gila’ yang bakal ­diwujudkan penyokong lawan.

“Ia akan menjadi luar biasa, aksi penuh ketegangan tapi kami suka suasana itu.

“Pasukan saya bersedia ma­suk ke dalam padang dan bertempur dengan penuh keyakinan. Kami tahu ia pasti sukar, kami juga sedar kami mungkin perlu menderita dan sedia berkorban bagi mendapatkan keputusan bagus.

“Kami perlu menjadikan ia perlawanan kami. Sudah pasti suasananya tidak memihak kami dan ia ada sesuatu yang kami perlu terima.

“Seperti saya katakan, pemain saya suka dengan situasi tersebut, mereka pernah beraksi dalam keadaan seperti ini,” jelas Ten Hag.

Ten Hag belum pernah ­me­rasai atmosfera Anfield yang terkenal, termasuk ketika membimbing Ajax tewas tipis 0-1 dalam Liga Juara-Juara pada Disember 2020 kerana perlawanan ketika itu diadakan secara tertutup gara-gara ­Co­vid-19. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya