Tamer ‘lulus’ ujian pertama

Tamer ‘lulus’ ujian pertama

PASUKAN karate negara cemerlang dalam Kejohanan Persekutuan Karate Asia Tenggara di Manila kelmarin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kejayaan membanggakan skuad karate negara dalam Kejohanan Persekutuan Karate Asia Tenggara (SEAKF), Manila, Filipina kelmarin memberi petanda positif menjelang Sukan SEA Kemboja yang akan berlangsung 5 hingga 17 Mei depan.

Malaysia berjaya memperoleh keseluruhan tiga pingat emas, lima perak dan lima gangsa dan menduduki tangga keenam keseluruhan.

Tiga pingat emas disumbangkan oSiti Nur Azwani Nor Azli (kumite bawah 61 kilogram (kg)), S. Geerijaieswaran Pillai (kumite lelaki bawah 67kg) dan Arif Afifuddin (kumite bawah 75kg).

Pengurus pasukan, S. Sukumaran berpuas hati dengan pencapaian pengendali Mesir, Tamer Abdelraouf Mohamed Mourssy yang baru dua minggu membimbing pasukan.

Biarpun mengendalikan atlet dalam tempoh singkat dia berjaya melakukan perubahan positif.

Tamer, 39, dibawa masuk awal Mac menggantikan Pengarah Kejurulatihan, Datuk P. Arivalagan yang tidak disambung kontrak.

“Sebenarnya kita ke Manila tanpa sasaran kerana kejohanan itu pemanas badan buat semua atlet. Walaupun baru dibimbing Tamer, sudah ada peningkatan.

“Setakat ini Indonesia dan Vietnam pesaing terkuat kita, Kemboja dan Filipina juga semakin meningkat.

“Kita juga sudah mengenal pasti lawan yang akan ditentang di Sukan SEA nanti, jadi kami akan melakukan analisa terperinci mengenai mereka dan acara yang mereka bakal sertai,” jelas Sukumaran ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Edisi Sukan SEA Vietnam tahun lalu menyaksikan skuad karate cemerlang membawa pulang 4 pingat emas dan enam gangsa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya