Steinbruckner enggan bermain sentimen

Steinbruckner enggan bermain sentimen

KEHADIRAN Liridon Krasniqi (dua, kanan) akan menguatkan Terengganu FC apabila bertandang ke Kedah dalam aksi Liga Super malam ini. – IHSAN TERENGGANU FC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Pertembungan Kedah Darul Aman dan Terengganu FC menjadi tumpuan utama Liga Super malam ini apabila Nafuzi Zain menyambut keha­diran bekas pasukannya, TFC yang kini dibimbing Tomislav Steinbruckner.

Begitupun Steinbruckner menegaskan, dia enggan membawa sentimen peribadi biarpun tidak dapat mengelak daripada diban­dingkan oleh penyokong kerana mengambil alih tempat Nafuzi sebagai ‘nakhoda’ Sang Penyu.

“Ramai yang menantikan perlawanan ini, namun ia bukan persaingan untuk menentukan siapa lebih hebat antara saya dan Nafuzi, ia pertemuan Terengganu menentang Kedah.

“Nafuzi jurulatih yang bagus dan memiliki pasukan berkualiti, Kedah tetapi kami memburu tiga mata dan saya menjangkakan perlawanan yang sengit serta sukar esok (hari ini).

“Pasukan yang memenangi pertarungan di bahagian ­tengah berpeluang cerah untuk menang, jadi itu fokus Terengganu,” katanya ketika ditemui pada sesi latihan, semalam.

Tomislav Steinbruckner mencari tiga mata pertama buat Terengganu.

Steinbruckner yang mesra dipanggil Tomi juga optimis Sang Penyu mampu tampil lebih garang berbanding perlawanan Sumbangsih yang menyaksikan mereka kalah 2-0 kepada Johor Darul Ta’zim (JDT), Jumaat lalu.

Menurutnya, perubahan akan dibuat untuk bertemu Kedah dengan kembalinya pemain ­pinjaman, Liridon Krasniqi dalam kesebelasan utama selain kehadiran tonggak import ­baharu, Omid Naziri.

Steinbruckner berkata, per­sembahan hambar ketika tewas JDT perlu dilupakan ­dengan aksi lebih tersusun bagi mengelak daripada mengalami kekalahan kedua.

“Kami tidak mencipta peluang dalam perlawanan terdahulu dan itu aspek yang harus dibaiki.

PASUKAN Terengganu tiba di Alor Setar semalam.

“Terengganu akan menggunakan formasi menyerang, jadi saya harap permainan lebih baik kali ini.

“Beberapa pemain mungkin terlepas perlawanan ini antaranya Habib Haroon dan Mohd. Faiz Nasir, manakala Adisak Kraisorn gagal menunjukkan pres­tasi sebenar.

“Apa yang penting, pemain-pemain saya perlu bijak dan sentiasa fokus sepanjang 90 minit permainan serta tidak melakukan kesilapan individu yang memboleh membawa padah,” tambahnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya