Stadium Bukit Jalil bakal dipasang VAR berspesifikasi penuh

Stadium Bukit Jalil bakal dipasang VAR berspesifikasi penuh

STADIUM Nasional Bukit Jalil.-GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selepas bertukar kepada rumput rumput Zeon Zoysia, ‘rumah’ Harimau Malaya, Stadium Nasional, Bukit Jalil akan dinaik  taraf menjadi venue ‘kelas dunia’ apabila Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) merancang untuk memasang teknologi video bantuan pengadil (VAR) berspesifikasi penuh.

Ketua Pegawai Eksekutif PSM, Mohd. Faidz Sanusi berkata, penggunaan VAR yang dilengkapi minimum lapan kamera itu, disifatkan sesuai dengan standard SNBJ selaku stadium utama di Malaysia.

“Kami ada perancangan untuk memasang VAR, jadi ia (SNBJ) sedia untuk menghadapi sebarang kejohanan antarabangsa dan sudah semestinya kejohanan tempatan juga.  Jika ada peruntukan dan dapat dana yang sewajarnya, kita ada perancangan untuk pasang VAR.

“Kita akan gunakan spesifikasi tinggi dan bertaraf dunia. Sebab itu kalau kita nak buat sesuatu itu biar kita ikut standard antarabangsa terutama aset di bawah PSM,” katanya yang dipetik kepada Bernama.

Kata Faidz, ahli lembaga pengarah PSM akan mengadakan perbincangan bersama Kementerian Belia dan Sukan (KBS) berhubung kos penggunaan VAR yang dikatakan menelan harga lebih setengah juta ringgit.

Katanya, SNBJ perlu menjadi venue terbaik, selain menjadi penanda aras kepada stadium lain di Malaysia.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), sebelum ini mengesahkan VAR akan mula diperkenalkan pada tahun ini dalam Liga Malaysia (Liga M), dengan Piala FA dan Piala Malaysia dipilih sebagai medan percubaan.

Minggu lalu, pendekatan penggunaan VAR antara perkara penting dibincangkan Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin dalam pertemuannya dengan Pengerusi Jawatankuasa Pengadil Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Pierluigi Collina pada Kongres FIFA ke-73 di Kigali, Rwanda.

Pada pertemuan tersebut, Collina mencadangkan kepada Hamidin sama ada untuk menggunakan VAR Sepenuhnya (minimum lapan kamera) atau VAR Ringan (kurang daripada lapan kamera) dalam kancah bola sepak tempatan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya