Selangor gagal beraksi ‘normal’

Selangor gagal beraksi ‘normal’

KAPETN Selangor FC, Brendan Gan menanduk bola ke gawang Sri Pahang dalam aksi Liga Super.-UTUSAN/ AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengendali Selangor FC, Tan Cheng Hoe mengakui keadaan padang yang becak menyukarkan anak buahnya untuk mempamerkan aksi sebenar ketika menentang Sri Pahang yang berkesudahan seri 1-1, kelmarin.

Menurut Cheng Hoe, pasukannya tidak dapat bermain gaya bola sepak yang normal seperti yang selalu mereka mainkan dan terpaksa mengubah corak permainan kerana bola tidak dapat bergerak dengan lancar akibat takungan air.

“Memang kalau kita lihat kita pun tidak mahu beri alasan (mengenai keadaan padang). Tetapi pada hujung perlawanan iaitu 15 minit terakhir, hujan lebat dengan keadaan padang membuatkan kita tidak boleh bermain dengan normal.

“Kita juga konsisten dengan set pieces kita untuk menjaringkan gol. Itulah salah satu kekuatan pasukan Selangor. Kita kena teruskan kalau situasi tidak mengizinkan kita bermain bola dan kita kena tukar corak permainan,” katanya.

Menurut Cheng Hoe, setiap pasukan yang turun menentang Selangor mempunyai motivasi yang sangat tinggi untuk bermain justeru pasukannya perlu bersedia dan fokus sehingga tamat perlawanan.

“Pemain menunjukkan semangat berlawan sangat baik. Walaupun pada minit-minit terakhir, kita tetap melawan, kita terus mencipta peluang walaupun dalam keadaan padang yang tidak mengizinkan.

“Secara keseluruhan kita tahu Sri Pahang datang dengan pertahanan kental dan serangan balas untuk mencari kemenangan. Jadi, setiap pemain perlu belajar dalam situasi tersebut,” katanya.

Ketika ditanya tentang prestasi Faisal Abdul Halim yang belum menemui sentuhan jaringan musim ini, Cheng Hoe berkata beliau tidak bimbang dengan prestasi pemain sayapnya itu walaupun masih belum membuka akaun jaringan.

“Kita tahu Faisal pada musim lepas banyak jaringkan gol, tetapi buat masa ini beliau masih sesuaikan diri dengan corak permainan pasukan. Dia tetap mempunyai sumbangan kepada pasukan termasuk bantuan jaringan, jadi ia juga patut dipuji,” katanya.

Dalam pada itu, Jurulatih Sri Pahang, Fandi Ahmad menjelaskan dia terpaksa menukar corak permainan dengan menutup ruang di bahagian sayap dan menunggu peluang untuk melancarkan serangan balas.

“Kita ubah corak permainan kita kali ini. Kita selalu main 3-5-2, 5-3-2 atau 4-3-3 tetapi kerana kekuatan mereka di bahagian tengah, kita cuba tutup ruang di bahagian sayap dan kita main serang balas. Ia berhasil bagi kita cuma bahagian serangan agak lambat,” katanya.

Keputusan seri 1-1 itu ternyata melegakan pengendali dari Singapura itu kerana misi mereka merantai pemain import Myanmar, Hein Htet Aung dan penyerang lincah Faisal ketika menentang Selangor FC berjaya dilaksanakan oleh anak buahnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya