Sasaran 10 emas olahraga mungkin berubah?

Sasaran 10 emas olahraga mungkin berubah?

SASARAN 10 pingat emas yang ditetapkan Kesatuan Olahraga Malaysia dalam Sukan SEA di Kemboja, Mei depan mungkin berubah bergantung kepada maklum balas atlet negara.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sasaran 10 ­pi­ngat emas yang diletakkan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) pada Sukan SEA 2023 di Kemboja, Mei nanti berpotensi dirombak bergantung kepada pertemuan bersama atlet yang akan diadakan bulan depan.

Pengerusi Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan KOM, Datuk Mark Ling berkata, dalam pertemuan yang dijangka berlangsung pada minggu kedua April itu, prestasi semasa atlet akan diambil kira.

Mereka juga akan menilai ranking Malaysia dengan atlet negara Asia Tenggara lain dalam semua acara sebelum melihat apakah sasaran ditetapkan ­relevan.

Kata Mark, KOM tidak dapat mengadakan pertemuan sebelum ini bagi memberi ruang kepada atlet yang sedang bertan­ding di luar negara beraksi tanpa tekanan dan hanya akan berbincang setelah semuanya pulang ke tanah air.

MUHAMMAD Irfan Shamsuddin.

“Kita menunggu ­atlet yang beraksi di Australia, ­Filipina dan China pulang, selepas itu barulah adakan pertemuan.

“Kami akan ambil maklum mengenai prestasi semasa atlet sama ada mereka dalam kea­daan baik atau cedera, terma­suk membuat perbandingan ranking dengan negara lain bagi memutuskan sukan apa yang layak menjadi sasaran pingat.

“Kami juga terbuka jika atlet mahu berbincang mengenai kebajikan mereka atau sebarang bantuan sebelum ke Sukan SEA. Kami mahu mereka beraksi de­ngan tenang dan cemerlang, tanpa tekanan mana-mana pihak,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Minggu lalu, jaguh lempar cakera negara yang juga pemenang lima pingat emas Sukan SEA, Muhammad Irfan Shamsuddin mempersoalkan sasaran 10 emas yang ditetapkan oleh KOM pada Sukan SEA Kemboja, 5 hingga 17 Mei itu.

Kata Irfan, KOM sepatutnya mengadakan perjumpaan de­ngan semua atlet dan menjelaskan rancangan mereka me­ngenai sasaran 10 emas kerana rata-rata atlet tidak tahu siapa dan sukan apa yang disasarkan badan induk tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya