Sasaran 10 emas olahraga di Kemboja terlalu tinggi

Sasaran 10 emas olahraga di Kemboja terlalu tinggi

NOR Sarah Adi tidak harus diletakkan sebagai prospek pingat emas Malaysia pada Sukan SEA Kemboja, Mei depan biarpun turun selaku juara bertahan acara lompat bergalah wanita.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas jaguh pecut negara, Nazmizan Muhammad percaya, Sukan SEA tidak harus dianggap pentas pendedahan semata-mata, namun beliau tetap melihat sasaran 10 pingat emas yang ditetapkan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) terlalu tinggi di Kemboja, Mei ini.

Juara 100 dan 200 meter Sukan SEA 2003 di Hanoi itu juga tidak bersetuju jika atlet muda, Nor Sarah Adi diletakkan sebagai salah satu prospek emas KOM biarpun dia turun sebagai juara bertahan acara lompat bergalah wanita.

Katanya, berbeza dengan bekas ratu lompat bergalah negara, Roslinda Samsu, prestasi Nor Sarah tidak konsisten dan dia kurang menyerlah melakukan lompatan melebihi 4 meter (m) selepas Sukan SEA 2021.

Nor Sarah, 22, juga perlu bertanding dalam dua acara, lompat bergalah dan 4x100m wanita.

NAZMIZAN MUHAMMAD

“Saya tidak letak dia sebagai prospek emas. Edisi lalu pun, bagi saya dia dapat emas sebab atlet Filipina itu lari rentak. Sedangkan atlet itu kekal membuat lompatan 4.20m ke atas walaupun selepas tamat Sukan SEA tapi Sarah tidak.

“Dia juga sedang bergelut dengan tiada jurulatih. Saya harap KOM dapat tangani masalah itu segera sebab dia kena konsisten buat lompatan 4m dalam sebarang kejohanan atau temasya,” katanya kepada Mingguan Malaysia.

Nazmizan juga berharap KOM menilai kedudukan atlet dalam ranking Asia Tenggara dan meletakkan sasaran pingat berdasarkan kemampuan mereka.

“Ini bukan platform cari pe­ngalaman. Sukan SEA ruang atlet menyumbang pingat untuk negara. Cuma dari satu segi, saya harap KOM juga realistik dengan sasaran 10 pingat emas.

“Bagi saya, kalau kita mahukan emas, ranking atlet yang jadi prospek mesti di kedudukan pertama Asia Tenggara. Tak boleh nombor dua atau tiga,” katanya.

Beliau juga percaya, kuartet 4x400m lelaki mampu me­nyumbang pingat, namun perlu latihan lebih agresif.

“Acara ini berdasarkan catatan individu, jadi jurulatih ­hanya perlu susun ikut kedudukan betul,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya