Salah mungkin tinggalkan Anfield?

Salah mungkin tinggalkan Anfield?

MOHAMED SALAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Spekulasi mengenai masa depan Mohamed Salah di Liverpool kembali hangat diperkatakan di tengah-tengah musim Reds yang mengecewakan.

Liverpool hampir tersingkir pada pusingan 16 akhir Liga Juara-Juara musim ini selepas tumpas 2-5 di laman sendiri kepada Real Madrid.

Peluang mereka untuk layak ke saingan elit Eropah itu musim depan juga kelihatan sukar de­ngan menghuni tangga ketujuh Liga Perdana Inggeris.

Reds ketinggalan sembilan mata dari kedudukan empat teratas liga, slot terakhir untuk layak ke Liga Juara-Juara.

Salah dikatakan sedia me­ninggalkan Liverpool jika me­reka gagal meraih tiket ke Liga Juara-Juara musim depan, manakala Reds terbuka untuk menjualnya, dakwa Fichajes.

JUDE BELLINGHAM

Football Insider pula men­dakwa Paris Saint-Germain berminat mendapatkan bintang Mesir itu yang memiliki kontrak di Anfield sehingga pertengahan 2025, dan sanggup membayar 80 juta euro (RM379.81 juta).

Liverpool mungkin terbuka untuk melepaskan Salah dalam usaha Jurgen Klopp membina semula pasukan, di mana ­bintang tengah England, Jude Bellingham kekal menjadi sasaran utama.

Bagi mendapatkan Bellingham, Reds dijangka terpaksa membayar 110 juta euro (RM522 juta) kepada Borussia Dortmund.

Laporan di Itali pula mengatakan Liverpool mungkin mendapatkan penyerang Portugal, Rafael Leao dari AC Milan untuk ditukarkan dengan Luis Diaz. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya