Piala Sudirman 2023: Malaysia dalam 'kumpulan maut'

Piala Sudirman 2023: Malaysia dalam ‘kumpulan maut’

UNDIAN Piala Sudirman 2023 yang dilakukan hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kedudukan sebagai pasukan No. 4 dunia tidak memberi kelebihan buat skuad badminton negara untuk meraih undian mudah dalam kejohanan badminton berpasukan campuran Piala Sudirman yang akan berlangsung di Suzhou, China pada 14 hingga 21 Mei depan.

Undian yang berlangsung di Pusat Sukan Olimpik Suzhou hari ini menyaksikan Malaysia diletak dalam Kumpulan C bersama Taiwan, India dan Australia.

Ironinya, Malaysia sekali lagi akan berentap dengan India, yang menundukkan pasukan negara 4-1 ketika pusingan kelayakan di Dubai, Februari lalu.

Taiwan juga tidak boleh dipandang mudah memandangkan pasuakn negara itu memiliki barisan yang ampuh dalam acara perseorangan lelaki, diterajui Chou Tien Chen.

Dalam perseorangan wanita, Tai Tzu Ying yang berada di ranking No. 4 dunia bakal menjadi sandaran, manakala bagi beregu lelaki, masih belum dapat dipastikan gandingan pingat emas Sukan Olimpik Tokyo, Lee Yan-Wang Chi Lin akan kembali bersama selepas terdapat ura-ura mereka berpisah gara-gara prestasi yang kian merudum sejurus selepas meraih pingat di temasya sukan terbesar dunia itu.

Di kem Malaysia, skuad negara masih belum mengumumkan senarai penuh pemain, namun beberapa tonggak utama daripada kempen Kejohanan Berpasukan Campuran Asia Februari lalu akan kekal.

Tuan rumah, China yang merupakan juara 12 kali kejohanan akan berentap dengan gergasi Eropah, Denmark, Singapura dan Mesir.

Dalam Kumpulan B, Indonesia yang merupakan juara edisi pertama kejohanan ini akan bersaing dengan Thailand, Jerman serta Kanada.

Manakala Jepun yang muncul sebagai naib juara untuk dua edisi berturut-turut akan membuat perhitungan dengan Korea Selatan, Perancis dan England dalam Kumpulan D.

Edisi Piala Sudirman sebelum ini di Vantaa, Finland menyaksikan Malaysia berjaya membawa pulang pingat gangsa. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya