Perak raih kad merah lagi banyak daripada gol

Perak dapat kad merah lebih banyak daripada gol

KEGEMBIRAAN Perak yang mendahului menerusi jaringan Christian Obizor tidak bertahan lama apabila Sri Pahang bangkit dengan dua gol untuk menyingkirkan tuan rumah pada pusingan pertama Piala FA di Stadium Perak, Ipoh kelmarin. – UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyokong Perak FC bimbang dengan nasib pasukan yang meraih lebih banyak kad merah berbanding gol selepas tamat empat aksi Liga Malaysia musim ini.

Kelmarin, Bos Gaurus me­ngutip kad merah ketiga musim ini ketika disingkirkan Sri Pahang 2-1 pada pusingan pertama Piala FA.

Anak-anak buah Datuk Lim Teong Kim sebelum ini menamatkan aksi dengan sembilan orang dalam perlawanan sulung Liga Super ekoran dua kad merah dilayangkan kepada pemainnya ketika dibelasah 4-1 oleh Kedah Darul Aman di Ipoh pada 25 Februari lalu.

Selepas empat perlawanan, tiga Liga super dan satu Piala FA, Perak hanya menjaringkan dua gol.

Di media sosial, rata-rata penyokong menyelar tindakan pemain muda yang cen­derung melakukan kekasaran sehingga dibuang padang, dan dikhuatiri mengganggu pres­tasi pasukan.

Pemerhatian Utusan ­Ma­­laysia di Instagram, ramai me­luahkan kekesalan di akaun rasmi kelab Perakofficial dan berharap pihak pengurusan menegur tindakan tersebut.

“Tiap game nak kepala angin,” tulis @_kh4i.

“Selepas ini hukumlah sesiapa yang main untuk kad merah. Habis perlawanan jadi rosak. Mampos kawan-kawan nak cover sampai habis,” tulis @merule89.

“Pengadil Malaysia tak sah kalau tak kelakar, pemain Pe­rak pula suka benor dengan merah. Bagilah dorang kad merah sekotak main kat rumah,” tulis @mfnis.

“Kad merah dengan Perak tak boleh dipisahkan. Punca teammate jadi down,” tulis haziemharydan.

Kelmarin, Christian Obizor meletakkan Perak di depan pada minit ke-34, namun semuanya berubah apabila Fadzil Idris dibuang padang kerana mengutip kad kuning kedua pada minit ke-64.

Pahang menyamakan kedudukan 1-1 menerusi Abdul Malik Mat Ariff di minit ke-82 sebelum dihadiah­kan penalti kerana Nasrol Amri menjatuhkan Baqiuddin Shamsudin. Stefano Brundo menyempurnakan gol kemenangan Tok Gajah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya