Pemain muda sandaran badminton di Kemboja

Pemain muda sandaran badminton di Kemboja

LEONG Jun Hao akan mengetuai cabaran skuad badminton Malaysia pada Sukan SEA 2023.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Persatuan Bad­minton Malaysia (BAM) me­ngambil tindakan berani merehatkan pemain utama untuk semua acara, sebaliknya menghantar skuad muda dalam senarai 21 pemain yang menggalas cabaran Sukan SEA di Kemboja, Mei ini.

Menghuni ranking ke-67 dunia, bekas juara re­maja Asia, Leong Jun Hao mengetuai ca­ba­ran perseora­ngan lelaki, malah dianggap san­daran terbaik pi­ngat pada temasya 5-17 Mei itu biarpun sasaran yang diletakkan kepadanya hanyalah gangsa.

Selain Jun Hao, 24, cabaran perseorangan lelaki turut digalas pemain No. 84 dunia berusia 19 tahun Justin Hoh dan Ong Ken Yon yang berada di ranking 121.

“Kita sasarkan satu pingat…lebih realistik dalam acara perseorangan lelaki. Itupun bergantung kepada siapakah pemain yang akan disenaraikan pasukan negara lain seperti Indonesia dan Thailand.

“Kita menurunkan pemain muda untuk tujuan pendedahan dan jika Thailand menurunkan Kunlavut Vitidsarn sekalipun.ia akan memberi pendedahan kepada pemain kita,” kata Pe­ngarah Kejurulatihan Perseorangan Akademi Badminton Malaysia, Wong Choong Hann.

Kunlavut, pemain muda Thailand yang baru berusia 21 tahun, namun kini sudah berada di ranking ketujuh dunia.

TAN ZHING YI

Bagi perseorangan wanita, skuad negara mempertaruhkan Tan Zhing Yi, Siti Nurshuhaini Azman dan Wong Ling Ching.

Dalam beregu wani­ta dan campuran, tiada nama-nama besar se­perti Pearly Tan-M. Thinaah, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing atau Goh Soon Huat-Shevon Lai, sebaliknya Malaysia menurunkan barisan muda de­ngan misi memburu satu gangsa.

Pengarah Kejurulatihan Beregu, Rexy Mainaky berkata, tujuh pemain lelaki dan lapan wanita disenaraikan bagi menggalas tanggungjawab beregu.

“Pemain paling senior kita pi­lih berusia 23 tahun, tiga orang, yang lain 22 hingga 17 ­tahun.

“Bagi beregu lelaki, kita pertaruhkan Goh Boon Sze-Rayner Beh, beregu campuran, Yap Roy King-Yap Ling.

“Kita sasar sekurang-ku­rang­nya gangsa… ini sasaran awal kita berdasarkan tanpa me­ngetahui perancangan negara lain,”ujar Rexy.
Pada Sukan SEA lalu, Malaysia meraih satu emas menerusi beregu campuran, Cheng Tan Jie-Peck Yen Wei.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya