JOHOR BAHRU: Walaupun sibuk dengan latihan dan perlawanan dalam Liga Malaysia, namun pada pemain Harimau Selamat sempat meluangkan masa untuk menyantuni mangsa banjir di Batu Pahat baru-baru ini.
Mereka telah mengadakan kunjungan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Medan, Batu Pahat.
Program itu dijayakan bersama antara para pemain Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Yayasan JDT, Boys Of Straits dan Southern Volunteers.
Di samping menyantuni dan beramah mesra, mereka turut menyampaikan sumbangan kepada mangsa-mangsa bencana banjir.
Para pemain JDT serta sukarelawan turut melakukan kerja amal dengan membersihkan rumah-rumah yang terlibat ketika bencana tersebut.
Antara pemain Harimau Selatan yang turut serta dalam program ini adalah Farizal Marlias, Afiq Fazail, Nathaniel Shio Hong Wan, Diogo Luis Santo, S.Kunanlan, Lowry Shane Thomas, Juan Muniz Gallego dan Fernando Martin Forestieri.