Pearly-Thinaah singkirkan juara dunia dua kali

Pearly-Thinaah singkirkan juara dunia dua kali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pearly Tan-M. Thinaah menyingkirkan juara dunia dua kali, Mayu Matsumoto-Wakana Nagahara dari Jepun untuk mara ke separuh akhir badminton Terbuka Jerman, awal pagi tadi.

Turun sebagai pilihan ketiga di Mulheim, beregu wanita No. 1 negara itu menang 21-17, 18-21, 21-11.

Pearly-Thinaah yang masih memburu kejuaraan pertama sejak muncul juara Terbuka Perancis, Oktober lalu akan berdepan satu lagi cabaran getir pasangan Jepun, Nami Matsuyama-Chiharu Shida.

Beregu negara itu hanya menang sekali daripada lapan pertemuan dengan Matsuyama-Shida, termasuk tewas 14-21, 16-21 dalam aksi terakhir di separuh akhir Terbuka India, Januari lalu.

Kemenangan terakhir mereka ke atas pasangan No. 2 dunia itu adalah pada suku akhir Terbuka Perancis, di mana Pearly-Thinaah akhirnya melakar sejarah muncul juara.

Sementara itu, cabaran satu lagi wakil Malaysia di Jerman berakhir selepas gandingan Chen Tang Jie-Toh Ee Wei tersingkir pada suku akhir beregu campuran.

Pasangan negara itu tewas 20-22, 14-21 kepada beregu Korea Selatan, Kim Won Ho-Jeong Na Eun. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya