PDRM buktikan bukan pasukan untuk dibuli

PDRM buktikan bukan pasukan untuk dibuli

Penyerang PDRM, Bruno Suzuki menjaringkan gol tunggal perlawanan menentang Kedah di Stadium Darul Aman, semalam. (FOTO: IHSAN PDRM Football Club)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Kemenangan ke atas Kedah Darul Aman FC (KDA FC) membuktikan PDRM bukan pasukan yang senang ‘dibuli’ walaupun rata-rata pemainnya baru pertama kali beraksi dalam Liga Super.

Ketua Jurulatih PDRM FC, Azzmi Ab. Aziz berkata, tanpa berbelanja besar, beliau bangga dengan potensi ditampilkan anak-anak buahnya yang sentiasa sanggup untuk belajar memajukan pasukan.

Melihat kepada perkara itu katanya, beliau yakin PDRM FC mampu melakukan sesuatu dalam saingan liga kali ini dan mereka membuktikannya dengan berjaya mencuri tiga mata daripada sebuah pasukan pilihan.

“Kemenangan ini sudah tentu lonjak moral pemain tetapi saya selalu katakan kami tidak dibuli. Cuma dalam perlawanan pertama, kita tidak halang ‘counter attack’ menyebabkan dibolosi empat kali kemudian sewaktu seri dengan Perak FC, kami cipta banyak peluang tetapi gagal terjemahkan kepada jaringan.

“Alhamdulillah akhirnya kami jaringkan satu gol dan perolehi tiga mata. Bukan nak menafikan kemampuan pemain tetapi bukan mudah untuk membentuk pasukan ini yang dibentuk daripada rata-rata individu pertama kali bermain dalam Liga Super dan anggota polis.

“Kami sedar nilai pasukan ini rendah tanpa belanja besar tetapi atas sokongan pihak pengurusan, perjalanan pasukan berlangsung baik dan saya gembira kerana para pemain sentiasa bersedia untuk belajar,” katanya.

Mengulas aksi perlawanan itu, Azzmi mengakui PDRM hadir ke Alor Setar tanpa terlalu menjangkakan untuk meraih tiga mata penuh dan sememangnya merancang untuk bertahan bagi mengekang asakan KDA yang memiliki kawalan bola cukup baik.

“Kami gembira menuju ke bilik persalinan dengan keputusan 0-0 pada babak pertama perlawanan. Apabila masuk ke babak kedua dan berlaku beberapa insiden, itu sedikit sebanyak membantu kami untuk menang.

“Tetapi saya tetap mahu berikan kredit kepada pemain yang berusaha keras. Kemenangan ini diraih hasil usaha dan kerja keras mereka,” katanya.

Ditanya pandangannya mengenai kemenangan tersebut yang mungkin disifatkan sebagai bernasib baik oleh sesetengah pihak berikutan kad merah dilayangkan terhadap Kapten KDA FC, Manuel Ott dan ketua jurulatih Sang Kenari, Nafuzi Zain, Azzmi berkata beliau tidak mahu memikirkan tentang perkara itu.

“Buat masa ini saya tak mahu fikir tentang nasib baik atau apa-apa yang lain. Kami cuma mahu ‘enjoy’ dengan tiga mata yang diperolehi ini,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya