Nak dapat 10 pingat emas dari siapa?

Nak dapat 10 pingat emas dari siapa?

MUHAMMAD IIrfan Shamsuddin antara prospek emas Malaysia dalam lempar cakera.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kurang 50 hari sebelum bermulanya Sukan SEA Kemboja yang akan berlangsung Mei depan, atlet olahraga negara masih bingung siapa prospek yang disandarkan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) untuk mencapai sasaran 10 pingat emas ditetapkan.

Sasaran itu diletakkan Pre­siden KOM, Datuk Seri Shahidan Kassim, Jun tahun lalu selang beberapa hari selepas memenangi kerusi No. 1 badan induk tersebut pada pemilihan KOM bagi penggal 2022/2025.

Pemenang lima pingat emas lempar cakera Sukan SEA, Muhammad Irfan Shamsuddin mempersoalkan sasaran yang ditetapkan memandangkan sehingga kini belum ada perbi­ncangan lanjut dan bantuan sewajarnya diberikan mereka.

Malah, pada Sukan SEA di Hanoi tahun lalu, Malaysia juga hanya mampu pulang dengan lima pingat emas, tiga perak serta lapan gangsa.

“Sepatutnya lebih baik mereka (KOM) datang berjumpa semua atlet dan memberitahu kami pelan mereka, sasaran mereka berbanding hebahkan kepada media. Kalau kami yang berhubung dengan pihak media, mereka pula tidak suka.

“Jadi adalah lebih baik mereka datang kepada atlet, berbincang dengan kami bagaimana mereka boleh membantu kami untuk mencapai sasaran ditetapkan daripada terus cakap mahu dapatkan 10 pingat emas.

“Bagi sesetengah atlet, kami sendiri turut tertanya, 10 pingat emas daripada siapa? Kami atlet juga mahu tahu,” kata Irfan yang ditemui di Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil semalam.

Tambah Irfan, yang meraih emas pada temasya 2013, 2015, 2017, 2019 dan 2021, ketika ini hanya MSN membantu persiapan mereka untuk menghadapi temasya di Kemboja yang akan berlangsung dari 5-17 Mei.

Atlet berusia 27 tahun itu mengakui, kepimpinan KOM sudah bertukar dengan banyak muka baharu membarisi jawatan ter­tinggi, justeru Irfan menyarankan agar mereka turun padang untuk mengadakan sesi perbincangan atlet bagi membolehkan semua pihak bekerjasama.

“Saya lihat KBS (Kementerian dan Belia dan Sukan) banyak melakukan sesi dialog awam dengan semua pemegang taruh sukan, jadi mungkin KOM boleh melakukan perkara sama.

“Saya tahu KOM sekarang dibarisi banyak muka baharu, apa salahnya panggil atlet dan jurulatih duduk sama berbincang,” tambah Irfan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya