Messi lepasi angka 100 jaringan

Messi lepasi angka 100 jaringan

LIONEL Messi (tengah) menjulang replika trofi Piala Dunia bersama rakan sepasukan sejurus selepas membantu Argentina menumpaskan Curacao dalam aksi persahabatan di Stadium Madre de Ciudades, Santiago del Estero hari ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SANTIAGO DEL ESTERO, Argentina: Lionel Messi menjaringkan gol antarabangsanya yang ke-100 sebelum melengkapkan hatrik pada babak pertama ketika Argentina membelasah Curacao 7-0 dalam aksi persahabatan di Santiago del Estero awal pagi tadi.

Pemilik tujuh anugerah Ballon d’Or itu membuka jaringan berdepan negara kecil di Kepulauan Caribbean itu pada minit ke-20 sebelum melengkapkan hatrik di minit ke-33 dan 37.

Jaringan itu hadir 17 tahun selepas dia membuka akaun bersama Argentina ketika kekalahan 3-2 di tangan Croatia pada Mac 2006.

Pemain berusia 35 tahun itu kemudiannya menambah satu lagi gol selepas setengah jam bagi menjadikan kedudukan 3-0 dan kemudian melengkapkan hatrik pada minit ke-37 dengan gol kelima apabila Argentina nyata bukan tandingan lawan kecil itu.

Ia adalah hatrik ketujuhnya buat pasukan kebangsaan.

Messi hadir ke perlawanan itu bukan hanya dengan rekod penjaring terbanyak sepanjang zaman tetapi lebih banyak gol berbanding gabungan dua pemain – Gabriel Batistuta dengan 56 dan Sergio Aguero 41 gol.

Ini adalah perlawanan kedua Argentina sejak menang Piala Dunia mengatasi Perancis di Qatar pada Disember – menang 4-2 menerusi penalti selepas seri 3-3.

Dan sentiasa ada perhatian diberikan terhadap Messi bagi mencapai 100 gol.

Dia kekal ketiga dalam senarai keseluruhan di belakang seteru utama Cristiano Ronaldo (122) dari Portugal dan legenda Iran, Ali Daei (109).

Messi hanya sedikit untuk melepasi catatan itu Khamis lalu apabila dia mencetak gol ke-99 buat Albiceleste apabila Argentina berdepan Panama. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya