Marquez gesa Honda tingkatkan jentera

Marquez gesa Honda tingkatkan jentera

MARC MARQUEZ
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Marc Marquez me­minta Honda menggunakan jentera yang sudah dipertingkatkan bagi menghadapi musim baharu kejuaraan MotoGP.

Siri ujian pramusim di Portimao minggu lalu peluang ter­akhir pasukan menilai apa yang boleh dipertingkatkan dengan jentera sebelum aksi pembukaan diadakah di litar sama, 26 Mac depan.

Musim lalu. Honda kurang menyerlah tetapi dengan Marquez sudah bebas daripada kecederaan dia berharap mampu mendapat jentera terbaik.

“Apabila ujian tamat di Valencia pada November, saya mula menyuarakan rasa kurang puas hati terhadap jentera Honda.

“Saya bercakap secara terbuka dan tertutup. Lebih banyak kemudahan ditawarkan motosikal, lebih baik (keupayaan fizikal saya) berfungsi.

“Terdapat perubahan da­lam struktur Honda, ada pengarah teknikal baharu, dan banyak perkara telah diuji,” katanya.

Marquez turun dengan misi memburu gelaran MotoGP ketujuh bagi menyamai pencapaian keseluruhan Valentino Rossi.

“Saya sedang bekerja dan akan berlatih dengan mentaliti berjuang untuk kejuaraan. Matlamat saya adalah untuk menang tahun ini,” ujarnya.

Marquez menjalani pembedahan tangan tahun lalu tetapi kelihatan sudah kembali pulih.

“Saya tidak perlu (perkara) sama seperti ketika berumur 20 tahun dan lakukannya apabila berumur 30 tahun, saya perlukan perubahan,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya