Marquez enggan 'berdamai' dengan Rossi

Marquez enggan ‘berdamai’ dengan Rossi

MARC Marquez (kanan) dan Valentino Rossi saling tidak bertegur sejak sekian lama.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID: Pelumba Hon­­da, Marc Marquez menu­tup segala ruang untuk berbaik dengan juara dunia sembilan kali, Va­lentino Rossi sambil berseloroh dia mungkin hanya akan menegur legenda Itali itu selepas tiga dekad.

Perkara tersebut didedahkan Marquez dalam dokumentari bersama Amazon Prime Video menje­lang pembukaan Kejuaraan MotoGP 2023 di Portugal, Ahad depan.

Perseteruan dua pelumba itu sudah bermula sejak sekian lama dengan Marquez pernah menyalahkan Rossi kerana menendang motorsikalnya ketika perlumbaan di Sepang pada 2015.

Tiga tahun kemudian, Marquez mengaku bertanggungjawab di atas insiden pelanggaran antara mereka di Argentina.

“Ada perkara yang berlaku di antara kami, jadi mungkin dalam 20 hingga 30 tahun akan datang baru kami akan berbual semula.

“Persaingan dengannya (Rossi) sangat tegang dan di tahap berlainan.

“Saya tidak akan menolak (berbaik) tetapi yang pasti bukan esok,” kata juara dunia enam kali, Marquez.

Pelumba Sepanyol itu ­me­ngakui dia kini semakin cergas selepas dua tahun bergelut dengan kecederaan, dan berusaha untuk mem­buru kejua­raan dunia ketujuh dalam kategori perdana.

“Pada musim sejuk ini, saya sudah kembali di tahap terbaik, dan kini mencari serpihan terakhir iaitu meningkatkan prestasi. Kami akan mengetahuinya selepas empat hingga lima perlumbaan pertama,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya