Liga Hoki Malaysia 2023 milik siapa?

Liga Hoki Malaysia 2023 milik siapa?

THT yang bakal beraksi di depan penyokong sendiri dan kini menerajui liga dengan tiga mata menjadi pilihan untuk mempertahankan gelaran Liga Hoki Malaysia apabila menerima kunjungan TNB hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perebutan kejuaraan Divisyen Perdana Liga Hoki Malaysia (MHL) tiba di kemuncak hari ini dengan Pa­sukan Hoki Terengganu (THT) akan berdepan Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk menentukan kejuaraan di Stadium Batu Buruk.

Kedua-dua pasukan me­lakukan ‘regangan otot’ terbaik kelmarin dalam persiapan menghadapi perlawanan paling ditunggu-tunggu apabila mem­belasah lawan masing-masing.

Ketika juara bertahan, THT membenam Nurinsafi Sporting 6-2 pada sebelah petang, TNB pula menewaskan skuad pembangunan mereka, TNB Thunderbolts 14-1 di venue sama dalam aksi sebelumnya.

Selepas 13 perlawanan, THT berada di puncak liga dengan 37 mata, manakala TNB kedua menerusi 34 mata.
Bagaimanapun, TNB mempu­nyai perbezaan gol yang lebih jauh lebih besar, 62 berbanding 49 THT.

Ini bermakna THT hanya memerlukan seri untuk mempertahankan kejuaraan, manakala TNB wajib menang.

Penyerang TNB, Azrai Aizad Abu Kamal menegaskan, pasukannya tidak mengibar bendera putih kerana sedar apa sahaja boleh berlaku.

HARAPAN TNB untuk bergelar juara masih belum tertutup.

Azrai yang ‘mengamuk’ ketika menentang TNB-Thunderbolts dengan meledak tujuh gol melaungkan amaran sedia mengecewakan THT di Batu Buruk.

Tiada pemain pernah menja­ringkan tujuh gol dalam satu perlawanan dan hampir tiada ekod yang menunjukkan ia ­pernah berlaku dalam MHL.

“Saya tidak sabar untuk menghadapi perlawanan terbaik musim ini dan tidak sangka boleh menjaringkan tujuh gol menentang Thunderbolts.

“Saya tidak ingat saya pernah menjaringkan tujuh gol di mana-mana peringkat… ini persembahan terbaik saya dalam karier MHL.

“Terengganu mempunyai ke­lebihan berbanding kami sejak permulaan liga dan ­satu-satunya cara kami boleh mencabar mereka adalah untuk

terus menang dan menang ­besar untuk memastikan harapan kami terus hidup,” kata ­Azrai.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya