Jelajah golf remaja buka tirai - Utusan Malaysia

Jelajah golf remaja buka tirai

Golf remaja
ANDREW Ng (duduk, dua kiri) bersama beberapa penaja pertandingan Golf Jelajah Pembangunan Remaja Ke-2 dekat Dwi Emas International School, di Shah Alam, Selangor, semalam. - UTUSAN / MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Golf Jelajah Pembangunan Remaja kembali membuka tirai untuk siri keduannya bermula 16 Mei ini bagi mencari juara yang akan menempah tiket ke Jelajah Professional Golf Malaysia (PGM).

Pengarah Urusan Golf (Malaysia) Publication Sdn. Bhd., Andrew Ng berkata, sebanyak empat gelanggang saingan dikenal pasti dan pemain terbaik dalam senarai Order of Merit akan dinobatkan sebagai juara keseluruhan.

Menurutnya, SRIXON Malaysian Junior Development Tour 2 terbuka kepada lelaki dan perempuan dan terbahagi kepada empat kategori iaitu kategori A (umur 16 hingga 18 tahun), B (13 hingga 15 tahun) dan C (10 hingga 12 tahun).

“Malah, beberapa pemenang daripada pertandingan di Templer Park Country Club akan dipilih mewakili negara di Trust Golf Singapore Junior World Masters 2023 yang akan di Singapura pada bulan Jun.

“Ini akan memberikan pendedahan baik kepada mereka untuk merasai bagaimana seorang pemain profesional golf mewakili negaranya dan bertanding dengan pemain negara lain,” katanya pada majlis pelancarannya, semalam.

Dalam pada itu, Andrew Ng turut memaklumkan pertandingan tersebut bakal mencungkil bakat baru pemain golf di peringkat remaja, dengan harapan boleh mewakili negara di peringkat antarabangsa kelak.

“Pada kali ini, sebanyak empat buah kelab golf yang menjadi venue pertandingan, iaitu Templer Park Country Club (16 hingga 18 May), Miri Golf Club (13 hingga 15 Jun), Kelab Golf Negara Subang (4 hingga 6 Julai) dan Kota Permai Golf& Country Club (19 hingga 21 September).

“Daripada empat jelajah ini, kita akan memilih 116 pemain golf untuk bermain di peringkat final (akhir) yang akan dijalankan di Forest City Golf Resort pada 24 hingga 26 Oktober,” ujarnya.

Tambahnya, pemenang setiap kategori berpeluang memenangi hadiah menarik yang disediakan pihak penganjur, yang akan diumumkan kelak. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya