Jangan terlalu menekan Azeem

Jangan terlalu menekan Azeem

MUHAMMAD AZEEM FAHMI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Misi Muhammad Azeem Fahmi untuk menjadi manusia Malaysia pertama mencatat bawah 10 saat (s) dalam 100 meter (m) landasan tepat selepas menunjukkan momentum hebat sejak tiga bulan tiba di Amerika Syarikat.

Semalam, pelari berusia 18 tahun itu merangkul emas pada penampilan pertama dalam acara 100m sejak tiba di AS, Januari lalu dengan memenangi perlumbaan di Kejohanan Florida State University (FSU) Relays.

Biarpun catatan 10.32s yang dilakukan jauh dari rekod kebangsaan, 10.09s miliknya, namun Azeem menunjukkan momentum luar biasa selepas turut memecah rekod 60m kebangsaan dalam dewan bulan lalu.

Bekas jurulatih, Azeem, Muhammad Amir Izwan Tan Abdullah berkata, dia bangga dengan pencapaian bekas anak didik­nya itu, namun berharap semua pihak memberi ruang kepadanya untuk melakar kejayaan.

“Saya anggap, kejayaan me­rangkul emas dengan masa 10.32s satu permulaan positif dan dia boleh buat catatan lagi baik.

“Begitupun, penting untuk kita beri dia ruang dan masa. Dalam tempoh tiga bulan di AS, dia masih dalam proses menyesuaikan diri dengan jurulatih dan persekitaran di sana.

“Jadi berikan dia sedikit masa, saya jangka tahun hadapan akan menjadi penentu segalanya kepada Azeem termasuk kejayaan mencatatkan masa bawah 10s.

“Sekarang fasa dia perbaiki kelemahan dan selepas ini bangkit dengan kejayaan yang lebih baik,” katanya kepada Mingguan Malaysia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya