Isteri dua bintang Liga Perdana bercakaran sesama sendiri

Isteri dua bintang Liga Perdana bercakaran sesama sendiri

ANNIE Kilner (kanan) bergambar dengan Rebekah Vardy dalam satu perlawanan melibatkan skuad England.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Skandal melibatkan pertahanan England, Kyle ­Walker telah mencetus pergaduhan antara pasangan Walker, Annie Kilner dan isteri penyerang Leicester City, Jamie Vardy, Rebekah.

Ahad lalu, Walker yang mabuk dirakam bercium dengan dua orang wanita di sebuah kelab malam sambil melondeh­kan seluar.
Rebekah menggelar ­Annie ­sebagai ‘alas kaki’ yang cuba meletakkan diri sebagai ­‘mangsa keadaan’.

Ibu lima anak itu juga me­nuduh Annie cuba menggunakan namanya dan mahu isteri Walker menumpukan kepada masalah rumah tangga mereka serta insiden memalukan yang berlaku terhadap suaminya.

Selepas kelakuan memalukan Walker yang kini disiasat polis Cheshire, Annie mengambil sikap mendiamkan diri.

Begitupun, Rebekah berterusan ‘menyerang’nya di Instagram untuk membuatnya bertambah malu.

Annie berang kerana Rebekah ‘mengheret namanya dalam isu kotor’ akibat perbuatan memalukan suaminya, Walker yang juga bintang Manchester City.

Rebekah kemudian mengecam Annie di media sosial ­de­ngan mengatakan isteri ­Walker itu tidak menyukainya, namun dia tidak mempedulikan perkara tersebut selain turut me­manggil Annie dengan panggilan ‘ketiak’. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya