Honda bukan pencabar MotoGP 2023

Honda bukan pencabar MotoGP 2023

MARC MARQUEZ
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORTIMAO: Musim 2022 me­nyaksikan pasukan Honda meneruskan kemarau tanpa kemenangan untuk tiga tahun berturut-turut apabila kerap mengalami masalah jentera, selain kecederaan berpanjang yang menimpa ‘ayam tambatan’ mereka, Marc Marquez.

Biarpun beberapa perubahan dilakukan sepanjang musim sejuk lalu, antaranya membawa masuk Ken Kawauchi yang sebelum ini berkhidmat dengan Suzuki sebagai pengarah teknikal, Marquez menghabiskan ujian di Portugal dua minggu lepas dengan sekadar menduduki tangga kelima hingga ke-10 bersama jentera RC213V.

Menjelang perlumbaan musim baharu yang membuka tirai dengan Grand Prix (GP) Portugal esok, Marquez tanpa berselindung mengakui, Honda tidak lagi dalam kedudukan untuk mencabar kejuaraan, namun tetap menaruh kepercayaan kejuruteraan Jepun itu kembali berada di dalam sebenar.

“Apa pun, kami adalah satu pasukan. Kami kalah atau menang bersama.

“Memang benar sejak beberapa tahun lalu situasi adalah amat sukar buat saya dan pasukan. Kami tidak berada dalam keadaan yang terbaik.

“Atas sebab itu, kami bukanlah pencabar kejuaraan di Portimao. Kami perlu bekerja lebih keras dan membina sebuah projek yang membolehkan kami menjadi lebih berdaya saing pada masa hadapan,” jelas Marquez.

Juara dunia enam kali itu juga menjelaskan pasukannya kini semakin jauh di belakang pe­nyandang juara, Ducati musim ini.

“Amat jelas Ducati kini sebuah pasukan yang kuat berdasarkan pakej yang mereka miliki.

“Semua pelumba mereka, khususnya Pecco (Bagnaia) pa­ling laju dalam kelompok itu dan di atas grid,” tambah Marquez. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya