Harimau Selatan resah menanti kunjungan Sang Badak

Harimau Selatan resah menanti kunjungan Sang Badak

PEMAIN JDT melakukan persiapan akhir semalam untuk menghadapi kunjungan Sabah malam ini. - IHSAN JOHOR SOUTHERN TIGERS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT), Esteban Solari resah menjelang pertemuan menentang Sabah FC di Stadium Sultan Ibrahim malam ini kerana kehilangan beberapa tonggak.

‘Mesin gol’ Harimau Selatan, Bergson Da Silva dan dua pemain yang dilepaskan daripada kem skuad kebangsaan akibat kecederaan, Arif Aiman Hanapi serta Endrick Dos Santos terpaksa disisihkan.

“Walaupun skuad ini berada dalam keadaan baik, terdapat beberapa pemain belum cergas dan masih menjalani pemulihan.

“Natxo Insa hampir kembali selepas beberapa bulan tidak beraksi akibat kecederaan belakang, manakala Bergson belum cergas sepenuhnya setelah terlepas tiga perlawanan terakhir.

“Arif Aiman ​dan Dos Santos juga tidak 100 peratus cergas dan masih menjalani pemulihan dan latihan ringan,” katanya.

Solari berharap para pemain tersebut kembali cergas sepenuhnya untuk perlawanan menentang Sabah dan perlawanan-perlawanan akan datang.

Beliau menjangkakan pertemuan menentang skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee bakal menjadi satu perlawanan yang sukar.

Menurutnya, pemain tidak boleh memandang rendah keupayaan lawan setelah Sang Badak mempamerkan prestasi yang baik pada lima perlawanan pembukaan liga.

“Kami perlu fokus secara taktikal sepanjang 90 minit. Kami telah menunjukkan prestasi yang baik setakat ini tetapi masih ada banyak ruang untuk penambahbaikan,” katanya.

Setelah mengharungi lima perlawanan, JDT terus kekal di persada liga apabila mengutip 15 mata setelah menang kesemua perlawanan, menjaringkan 21 gol dan hanya bolos sekali.

Sementara itu, Sabah FC  memberi tekanan kepada juara bertahan itu di posisi kedua apabila dibezakan hanya dua mata dan berpeluang memintas JDT sekiranya berupaya menewaskan Harimau Selatan di kubu kuatnya.

Kedua-dua pasukan itu masih belum tewas setelah mengharungi lima perlawanan liga setakat ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya