Hakim Danish catat masa keempat terpantas di Portugal

Hakim Danish catat masa keempat terpantas di Portugal

HAKIM DANISH- Ihsan ZK Racing
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelumba remaja negara, Muhammad Hakim Danish Ramli melaungkan amaran awal bahawa kehadirannya dalam Red Bull MotoGP Rookies Cup 2023 tidak boleh dipandang sebelah mata, selepas dia berjaya melengkapkan sesi latihan pertama di kedudukan keempat, sebentar tadi.

Melakukan penampilan sulung, Hakim Danish yang berumur 15 tahun melakar masa sepusingan dengan catatan 1 minit 52.764 saat (s) di Litar Antarabangsa Algarve, Portimao, Portugal.

Dia hanya ketinggalan +0.780s di belakang pelumba yang berada di kedudukan pendahulu, Angel Piqueras dari Sepanyol yang mencipta masa 1:51.984s.

Tempat kedua dan ketiga pula menjadi milik pelumba Ireland, Casey O’Gorman (1:52.399s) dan Guido Pini dari Itali (1:52.443s).

Seorang lagi pelumba Malaysia, Danial Syahmi Ahmad Shahril melengkapkan aksinya pada sesi latihan pertama itu di tangga ke-15 dengan catatan masa sepusingan terbaik 1:53.633s.

Sementara itu, Syarifuddin Azman atau Damok yang melakukan penampilan sulung dalam Kejuaraan Motosikal Dunia bagi kelas Moto3 sekadar berada di kedudukan ke-23 setelah mencatat masa sepusingan 1:49.648s pada sesi latihan bebas pertama.

Grand Prix Portugal yang menjadi perlumbaan pembukaan musim 2023 menyaksikan rakan sepasukan Damok dalam MT Helmets-Msi iaitu Diogo Moreira dari Brazil mengungguli sesi tersebut menerusi lakaran masa terpantas 1:48.006s.

Pelumba Sepanyol yang mewakili pasukan Red Bull KTM Tech 3, Daniel Holgado menghuni tempat kedua (1:48.305s) dan kedudukan ketiga menjadi milik David Alonso dari Autosolar GasGas Aspar M3 (1:48.400s). – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya