Hajat Tze Yong ke separuh akhir All England 2023 disekat

Hajat Tze Yong ke separuh akhir All England 2023 disekat

NG TZE YONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BIRMINGHAM: Impian untuk melihat perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong meneruskan momentum kemenangan dalam penampilan sulungnya di Kejohanan Badminton All England 2023 tidak kesampaian apabila ditunjukkan jalan keluar di peringkat suku akhir sebentar tadi.

Dalam aksi yang berlangsung di Utilitia Arena Birmingham, Tze Yong yang berada di ranking 28 dunia turun berentap dengan pemain China, Li Shi Feng yang berada di tangga ke 14 dunia.

Bagaimanapun pemain kelahiran Johor itu bergelut untuk mengatasi keampuhan dimiliki Shi Feng sebelum akur dengan keputusan 11-21, 11-21 dalam tempoh 41 minit.

Biarpun tewas, Tze Yong, 22 tahun masih boleh berbangga apabila mampu mara sehingga ke peringkat suku akhir dalam penyertaan sulungnya di kejohanan badminton tertua di dunia ini.

Tambahan Tze Yong juga turut melakar kejutan menewaskan penyandang juara, yang juga pemain No. 1 Dunia, Viktor Axelsen kelmarin di pusingan kedua.

Cabaran Malaysia di Kejohanan Badminton All England kini tertumpu kepada seorang lagi perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia yang menjadi wakil tunggal negara  selepas dia berjaya melepasi tentangan sengit pemain Jepun Kodai Naraoka di peringkat suku akhir.

Zii Jia dijadualkan bertemu pemain China, Shi Yuqi di peringkat separuh akhir hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya