Ferrari kena jujur untuk pulihkan prestasi

Ferrari kena jujur untuk pulihkan prestasi

KEDUA-dua pemandu Ferrari gagal menaiki podium pada Grand Prix Arab Saudi di Jeddah, hujung minggu lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEDDAH: Bos Ferrari, Fred ­Vas­seur menggesa semua pihak berbincang secara jujur apabila kembali ke Maranello dalam usaha memperbaiki kesilapan Grand Prix (GP) Formula Satu (F1) Arab Saudi minggu lalu yang me­nyaksikan tiada pemandu mereka menaiki podium.

Charles Leclerc turun di Arab Saudi dengan dikenakan pe­nalti 10 grid selepas kereta kereta ­SF-23 yang dipandu terpaksa menukar unit kuasa dua kali pada perlumbaan pembukaan musim di Bahrain, 5 Mac lalu.

Leclerc hanya mampu bangkit untuk berada di tempat ketujuh, manakala rakan sepasukannya, Carlos Sainz di kedudukan keenam.
Ferrari berharap untuk merapatkan jurang prestasi selepas penguasaan Red Bull di Bahrain.

Bagaimanapun, mereka kelihatan semakin jauh ketinggalan, terutama selepas Mercedes dan Aston Martin juga mula menunjukkan rentak perlumbaan lebih baik di Arab Saudi.

Bagi memastikan hasrat mereka untuk bangkit tercapai, Vasseur mahu setiap kakitangan bersikap jujur antara satu sama lain semasa pasukan berusaha mencari penyelesaian.

“Untuk tidak mengarut, perkara paling penting dalam situasi seperti ini adalah untuk mengetahui di bahagian mana kami melakukan dengan baik dan apa pula kesilapan terbesar.

“Kami kena berubah, perlu memahami di mana silap dan kena menolak benda-benda yang tidak baik.

“Ia tidak (cukup) dengan hanya bercakap, kita kena lebih pantas daripada ini.

“Bagi saya gambaran awal yang ditunjukkan cukup jelas. Potensi kereta bagus tetapi tidak mencukupi berbanding Red Bull.

“Kami tidak dapat mengeluarkan kekuatan maksimum jentera setiap masa dan ia sudah memasuki dua perlumbaan,” kata Vasseur.

Kata Vasseur, dia tidak berminat menyampaikan terlalu banyak mesej positif selepas gandingan Ferrari itu menduduki tempat keenam dan ketujuh, Ahad lalu bersama tayar yang haus. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya