FAM derma RM1 setiap hasil jualan tiket Harimau Malaya

FAM derma RM1 setiap hasil jualan tiket Harimau Malaya

Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin (kanan) menyampaikan hadiah jersi Harimau Malaya `HANAYO 9' kepada Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh di Stadium Nasional, Bukit Jalil, baru-baru ini. - IHSAN FAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bakal berganding bahu dan bekerjasama dalam usaha memerangi kepupusan harimau Malaya.

Menerusi kerjasama itu FAM dan KBS akan menyokong usaha Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) yang menerajui usaha konservasi biodiversiti termasuk harimau Malaya.

Usaha ini menyaksikan FAM bersetuju memberikan sumbangan RM1 daripada setiap tiket perlawanan skuad kebangsaan yang terjual kepada KBS bagi menyokong tujuan ini.

Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin berkata, beliau optimis kerjasama itu akan menjadi bukti konklusif bahawa FAM dan KBS juga menitikberatkan hidupan liar khususnya Harimau Malaya sebagai haiwan ikonik Malaysia yang kini sedang berdepan isu kepupusan.

“Ini adalah satu misi jelas FAM dan KBS dalam pemuliharaan Harimau Malaya. Setiap kali kita keluar bermain dan menonton bola sepak, kita menyumbang kepada kehidupan setiap Harimau Malaya di Malaysia,” kata Hamidin.

Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, Harimau Malaya sangat sinonim sebagai lambang dan nama panggilan keramat buat pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia.

Justeru, pihaknya tidak mahu sekiranya harimau sekadar tinggal sebagai maskot ataupun slogan tanpa kewujudan harimau liar di hutan negara ini.

“Jika spesies ini pupus, jiwa kelestarian negara ini juga akan pudar dan tidak akan ada makna jika pada masa itu pasukan kebangsaan kita masih bergelar Harimau Malaya.

“Oleh itu saya menyeru semua anak muda yang minat kepada bola sepak juga menunjukkan semangat yang sama dalam pemeliharaan Harimau Malaya.

“Usaha ini selari dengan pendekatan Malaysia Madani yang menekankan aspek kemampanan. Malah melalui program Rakan Muda, KBS akan membantu dalam usaha murni ini,” katanya-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya