Falcao sertai JDT selama dua musim?

Falcao sertai JDT selama dua musim?

RADAMEL FALCAO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Media Sepanyol, Marca mendakwa, penyerang Colombia, Radamel Falcao semakin hampir menyertai gergasi bola sepak Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT).

Kontrak Falcao bersama kelab Sepanyol, Rayo Vallecano bakal berakhir Jun ini dan menurut Marca, pemain berusia 37 tahun itu mahu mencari cabaran baharu.

Falcao dikatakan sedang menilai tawaran bagi menandatangani kontrak bersama juara Liga Super sembilan kali berturut-turut, JDT yang kini dibimbing jurulatih dari Argentina, Esteban Solari.

“JDT yang dimiliki oleh Tunku Ismail Sultan Ibrahim mahu menandatangani penyerang Colombia itu selama dua musim dan dia akan menjadi duta buat kelab dan bandar itu,” lapor Marca.

Seandainya bekas penyerang Manchester United dan Chelsea itu sah menandatangani kontrak bersama JDT, dia akan menjadi pemain berprofil tinggi kedua menyertai Harimau Selatan selepas Pablo Aimar pada 2013.

Falcao mula beraksi bersama Rayo Vallecano sejak musim 2021 dan pernah menyarung jersi kelab Turki, Galatasaray selama dua musim. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya