Drake hilang RM1.79 juta pilih Paul kalahkan Fury

Drake hilang RM1.79 juta pilih Paul kalahkan Fury

DRAKE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Tommy Fury menggelar Drake sebagai ‘bodoh’ selepas penyanyi rap terkenal Amerika Syarikat (AS) itu kalah dalam pertaruhan apabila memilih Jake Paul akan menewaskan Fury dalam pertarungan tinju paling mencuri tumpuan di Riyadh kelmarin.

Drake hilang AS$400,000 (RM1.79 juta) selepas petinju Britain, Fury menumpaskan Youtuber terkenal AS, Paul dengan keputusan juri 76-73, 76-73, 74-75 setelah tamat lapan pusingan.

Abang Fury, yang juga juara heavyweight ­Majlis Tinju Dunia (WBC), Tyson secara berseloroh berkata, Drake te­lah mem­buang wangnya ‘ke dalam tandas’.

BINTANG realiti televisyen yang juga petinju Britain, Tommy Fury (kiri) ketika menentang Youtuber terkenal Amerika Syarikat, Jake Paul dalam pertarungan tinju paling mencuri tumpuan di Arena Diriyah, Riyadh, Arab Saudi kelmarin. – AFP

Fury pula gembira membuktikan Drake pembawa ‘nasib malang’ kerana pe­nyanyi lagu Hotline Bling itu ­sering menyebabkan indivi­du atau pasukan yang disokong kalah pertaru­ngan mereka.

“Dia kehilangan banyak wang, lelaki itu bodoh!

“Atau, mungkin pada dia AS$400,000 ibarat 4 pound (RM21.60) sahaja,” kata Fury kepada iFL TV.

Sejurus tamat pertarungan profesional pertamanya, Paul mendakwa dia sakit ketika melakukan persiapan menyebabkan dirinya ‘lembik’ di atas gelanggang. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya