Damok lengkapkan sesi ujian 50 pusingan di Jerez

Damok lengkapkan sesi ujian 50 pusingan di Jerez

SYARIFUDDIN AZMAN (tengah) mendengar arahan yang diberikan krew pasukannya sewaktu sesi ujian tertutup di Litar Jerez, Sepanyol, semalam. - ihsan @zkracingteam/@mthelmets_msi
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelumba Moto3 negara, Syarifuddin Azman menjalani sesi ujian tertutup menjelang musim baharu Kejuaraan Motosikal Dunia di Litar Jerez, Sepanyol, semalam.

Pelumba yang mesra disapa Damok itu tiba di Jerez untuk memanfaatkan kesempatan menguji jentera baharu, KTM yang bakal dipacunya pada musim baharu ini.

Dalam sesi ujian tertutup itu, Damok mencatat masa sepusingan terbaik 1 minit 48.090 saat (s) untuknya menghuni kedudukan ke-25 setelah berjaya menyempurnakan 50 pusingan keseluruhan.

Pada ujian tidak rasmi itu, pelumba Great Britain, Scott Ogden mengungguli sesi tersebut dengan catatan masa terpantas 1:46.090s, manakala Ayumu Sasaki dari Jepun di tempat kedua (1:46.223s) dan penunggang Turki, Deniz Oncu di kedudukan ketiga (1:46.315s).

Pelumba yang bernaung di bawah pasukan MTHelmets_MSi itu terbang ke Sepanyol, hujung bulan lalu dan diperkenalkan secara rasmi oleh pasukannya pada 27 Februari lepas.

Ujian rasmi bagi Moto3 akan berlangsung pada 17 Mac ini di Portimao, Portugal diikuti dengan perlumbaan pertama musim ini pada 24-26 Mac juga di Portugal.

Damok yang meletakkan sasaran untuk memburu anugerah Rookies of The Year bagi perlumbaan Moto3, bakal bergandingan dengan pelumba Brazil, Diogo Moreira sebagai rakan sepasukannya.

Moreira, semalam melengkapkan aksinya di kedudukan keempat setelah mencatat masa sepusingan 1:46.438s.

Menyaksikan keputusan yang dicatat Moreira, Damok perlu bekerja keras pada sesi ujian rasmi nanti dan sekali gus memenuhi sasarannya untuk mengejar kelompok 15 terbaik.

“Jika semua berjalan lancar, saya sebenarnya memiliki sasaran sendiri untuk berada dalam kelompok 15 terbaik dalam setiap perlumbaan dan memburu gelaran pendatang baharu terbaik,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya