Bola sepak bukan tempat cari 'projek'

Bola sepak bukan tempat cari ‘projek’

MEMILIKI kelab bola sepak bukan semata-mata untuk membuat untung.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Jangan gunakan bola sepak untuk dapatkan sesuatu seperti projek atau lain-lain. Perlu ada perancangan rapi supaya tidak mendatangkan masalah kepada pasukan atau kelab”.

Itu harapan Ahli Jawatankuasa (EXCO) Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Syed Yazid Syed Omar yang mahu pihak-pihak yang berhasrat mengambil alih pasukan Liga Malaysia (Liga M) agar membetulkan niat terlebih dulu sebelum melabur dalam arena bola sepak tempatan.

Syed Yazid yang juga Naib Presiden 1 Persatuan Bola­sepak Kuala Lumpur (KLFA) itu berkata, bola sepak bukan tempat menangguk di air keruh dengan mengharapkan sesuatu untuk kepentingan peribadi.

Sebaliknya ia pentas menyumbang ke arah pemba­ngunan bola sepak tempatan di mana sanggup bergolok gadai dan tidak mengharapkan pulangan lumayan dalam tempoh singkat.

“Saya bimbang jika ada pihak-pihak yang tidak bersedia mengendalikan kelab atau pasukan dalam Liga M ini ha­nya muncul disebabkan benda lain.

“Kita tak tahu orang itu ada udang disebalik batu, kerana ia akan merugikan bola sepak kita. Sebelum ini contoh pasukan-pasukan yang tutup kerana tidak mampu.

SYED YAZID SYED OMAR

“Bukan mudah nak bawa pasukan, kadang-kadang tak ada untung pun sebaliknya lagi banyak duit perlu dikeluarkan untuk memastikan pasukan benar-benar boleh bersaing.

“Tapi tak bermakna rugi kalau melabur dalam bola sepak, cuma nak dapat untung makan masa dan ia bukannya keluar duit hari ini, esok dah nak untung,” katanya.

Untuk rekod, isu kelab tutup ini bukanlah perkara baharu dalam Liga M apabila sudah banyak pasukan terpaksa gulung tikar kerana gagal bertahan.

Antaranya pada hujung musim lalu, dua pasukan terpaksa tarik diri iaitu Petaling Jaya City dan UiTM FC yang tidak mampu meneruskan saingan dalam Liga M musim ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya