LONDON: Nasib malang pengurus Chelsea, Graham Potter berterusan apabila dijangka menghadapi krisis sekumpulan besar pemain yang mahu meninggalkan pasukan pada musim panas ini.
Situasi kian genting buat Blues apabila menghuni tangga ke-10 liga dan hampir dengan zon penyingkiran berbanding.
Dilema terbaru dihadapi kelab London itu apabila Mason Mount dan Ruben Loftus-Cheek sudah memasuki tahun terakhir kontrak pada penghujung musim ini.
Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp berminat untuk mendapatkan Mount sebagai projek membina semula Reds.
Mount, 24, dijangka tidak menghadapi masalah untuk menarik perhatian kelab-kelab baharu, namun ketika ini Liverpool dilihat sebagai pesaing utama untuk mendapatkannya.
Chelsea masih belum bersedia melepaskan pemain itu, namun situasi menjadi semakin sulit buat mereka untuk menyamai gaji yang ditawarkan oleh kelab lain.

Selain itu, pemain muda, Connor Gallagher juga mungkin meninggalkan kelab London itu apabila menjadi buruan beberapa pesaing mereka dalam Liga Perdana.
Chelsea telah mengubah struktur pembayaran gaji pemain setelah berbelanja mewah dengan membawa masuk Enzo Fernandez dan Mykhailo Mudryk menerusi kontrak yang lebih panjang tetapi kurang dalam perkara asas.
Justeru bagi mengelak Chelsea daripada melanggar peraturan ketat membabitkan peraturan kewangan bersih atau Financial Fair Play (FFP), mereka perlu untuk menjual sebilangan pemain yang dalam pasukan ketika ini.
Blues amat memerlukan keajaiban untuk menghabiskan saingan liga musim ini di tangga keempat terbaik.
Hanya dengan menamatkan kempen di tangga empat teratas dan menyambar tiket ke Liga Juara-Juara mampu mengekalkan beberapa bintang mereka di Stamford Bridge, musim depan. – AGENSI