Bekas teman wanita saman Woods RM136 juta

Bekas teman wanita saman Woods RM136 juta

Erica Herman (kiri) yang berpisah dengan Tiger Woods pada Oktober lalu mengheret legenda golf Amerika Syarikat itu ke muka pengadilan selepas mendakwa ditipu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Bekas teman wanita Tiger Woods, Erica Herman memfailkan saman AS$30 juta (RM136 juta) terhadap bekas pemain golf No. 1 dunia itu selepas mendakwa ‘ditipu’ dan ‘ditendang’ keluar dari rumah agam Hobe Sound, Florida.

Herman, 39, yang berpisah dengan Woods pada Oktober lalu juga telah memfailkan saman dalam usaha membatalkan perjanjian tanpa pendedahan (NDA) yang ditandatangani Woods, 47, di awal hubungan mereka.

Herman mendakwa, NDA harus dibatalkan jika terdapat bukti serangan atau gangguan dilakukan legenda golf Amerika Syarikat (AS) itu.

Menurut laporan TMZ, ama­nah persendirian yang dikendalikan oleh Woods cuba ‘menguatkuasakan secara agresif’ NDA selepas hubungan mereka berakhir.

Sementara itu, Daily Mail mendakwa, Herman memfailkan kes berasingan terhadap amanah tersebut pada Oktober selepas mendakwa dia dihalau daripada rumah mereka.

Herman mendakwa pekerja Woods memujuknya untuk meninggalkan rumah bernilai AS$48 juta (RM217 juta) itu buat sementara waktu untuk bercuti.

Bagaimanapun, sebaik sahaja tiba di lapangan terbang, dia ­dimaklumkan tidak mempunyai hak ke atas rumah berkenaan.

Keadaan itu menyebabkan Herman memfailkan saman ­berjumlah AS$30 juta atas ­alasan ia telah menyebabkan emosinya terganggu dan ­melanggar perjanjian kontrak yang ditandatangani bersama.

Menurut perjanjian, Herman sepatutnya dibenarkan untuk tinggal di rumah agam yang didiami mereka selama lima tahun lagi. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya