Atlet, bajet Road to Gold akan diumumkan April

Atlet, bajet Road to Gold akan diumumkan April

PROJEK basikal yang dibangunkan oleh ISN membuahkan hasil apabila Azizulhasni Awang meraih perak pada Sukan Olimpik 2021 di Tokyo.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Senarai atlet dan peruntukan bagi menjayakan projek Road to Gold (RTG) sukan Olimpik Paris 2024 dan Los Angeles 2028 akan diumumkan dalam tempoh tiga minggu akan datang.

Penyelaras projek Road to Gold, Stuart Ramalingam berkata, pihaknya memerlukan tiga minggu untuk meneliti sena­rai atlet termasuklah membabitkan keperluan dan bantuan yang akan disalurkan kelak.

Stuart berkata, pasukan projek juga akan mengadakan siri perjumpaan bersama pihak berkaitan seperti Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut Sukan Negara (ISN).

“Penyelarasan bajet dan keperluan sokongan turut akan dinyatakan namun tidak boleh diumumkan sekarang kerana memerlukan tempoh dua atau tiga minggu.

“Ia bagi mendapatkan gambaran jelas berkaitan gerak kerja yang dilakukan dalam usaha merealisasikan impian membawa pulang emas pertama di temasya Olimpik.

“Mesyuarat pertama yang bakal diadakan kelak adalah membabitkan perbincangan dalaman bersama MSN, ISN serta pihak berkaitan.

“Pada masa sama, kita juga akan senarai pendek atlet yang berpotensi membawa pulang pingat untuk negara dan akan dibentang pada mesyuarat itu selain bajet diperlukan,” katanya.

Tentu sekali jumlah bajet akan melibatkan nilai jutaan ringgit sekiranya mengambil kira jumlah yang diperuntukkan di­terima Program Podium yang sebelum ini memperoleh RM240 juta untuk tempoh empat tahun iaitu RM60 juta setahun.

Antara atlet yang sudah dikenalpasti berada dalam senarai program berkenaan adalah seramai sembilan orang antaranya jaguh berbasikal trek, Datuk Azizulhasni Awang, pemain badminton No.1 negara, Lee Zii Jia dan Aaron Chia- Soh Wooi Yik.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya