Aaron-Wooi Yik mahu tamat ‘badi’ di Eropah

Aaron-Wooi Yik mahu tamat ‘badi’ di Eropah

AARON CHIA-SOH WOOI YIK (AFP)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Beregu lelaki No. 1 negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik berharap tuah akan mengiringi mereka untuk menamatkan penantian meraih kejuaraan sulung dalam siri Jelajah Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

Aaron-Wooi Yik bakal memulakan siri kejohanan di Eropah bermula dengan Terbuka Jerman yang akan membuka tirai 8 hingga 13 Mac ini, disusuli All England (14-19 Mac) dan Terbuka Switzerland (21-26 Mac).

Sejak mula digandingkan pada 2017, juara dunia itu belum berpeluang menjuarai kejohanan dalam kalendar Jelajah BWF, dan hampir menamatkannya di Terbuka India, Januari lalu, namun dikecewakan oleh pasangan muda, Liang Weikeng-Wang Chang dalam perlawanan akhir.

“Setakat ini persiapan fizikal dan kecergasan semua okay. Walaupun kami pilihan utama di Terbuka Jerman, namun kami harap takkan beri tekanan kepada diri sendiri dan cuba buat yang terbaik,” jelas Aaron.

Tambah Aaron, dia juga berharap penyertaannya bersama Wooi Yik dalam All England tahun ini dapat membuahkan hasil positif dengan sekurang-kurangnya mara sehingga ke separuh akhir.

Undian pusingan pertama bakal menemukan Aaron-Wooi Yik dengan pasangan meningkat naik Indonesia, Leo Rolly Carnando-Daniel Marthin, di mana beregu No. 2 dunia itu mempunyai rekod bersih memenangi kesemua empat perlawanan sebelum ini sejak Terbuka Thailand 2021

“Kita tahu bukan senang nak lawan mereka (Leo-Daniel) walaupun pernah bertemu sebelum ini tetapi kita akan lawan dan bersedia seratus peratus,” tambah Aaron.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya