Woods mohon maaf gurauan ‘tampon’

Woods mohon maaf gurauan ‘tampon’

TIGER Woods (kiri) diselar selepas memberi tampon kepada rakannya, Justin Thomas ketika beraksi dalam Kejohanan Jemputan Genesis, Los Angeles semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOS ANGELES: Tiger Woods me­mohon maaf selepas legenda golf itu dirakam kamera memberikan tampon (sejenis alat untuk kegunaan wanita ketika haid) kepada Justin Thomas.

Pemilik 15 kejuaraan utama itu dilihat menghulurkan tampon kepada Thomas selepas dia mengetepikan rakan baiknya pada tee kesembilan di pusi­ngan pertama Kejohanan Jemputan Genesis.

Kedua-dua mereka kelihatan ketawa sambil berjalan pergi dengan Thomas kemudian menjatuhkan tampon itu di atas rumput.

Tindakan Woods, 47, yang beraksi dalam Jelajah PGA kompetitif pertamanya sejak Julai lalu bagaimanapun diselar oleh peminat, terutama wanita.

Bintang Amerika Syarikat (AS) itu kemudian meminta maaf sambil menegaskan per­kara itu hanya gurauan antara dua sahabat.

“Ia sepatutnya perkara yang me­nyeronokkan dan gurauan, namun jelas tidak se­mua melihat situasi seperti itu.

“Jika saya menyinggung pe­rasaan sesia­pa dalam apa jua cara atau bentuk, saya minta maaf. Ia tidak bertujuan untuk menjadi seperti itu. Kami hanya bergurau antara satu sama lain tetapi selepas ia tular, keadaan tidak lagi menyeronokkan,” kata Woods.

Bercakap mengenai kejadian itu, penyampai Sky Sports Golf, Sarah Stirk, menyelar tingkah laku Woods dan menyifatkan jenaka dengan Thomas sebagai ‘mengecewakan dan mengejutkan.’

SARAH STIRK

“Perasaan saya ­lu­ar biasa, be­nar-benar terkejut. Sejujurnya, saya sangat kecewa.

“Saya seorang wanita yang bekerja dalam sukan, saya bersemangat dan suka permainan golf, saya fikir kita semua berusaha untuk kesaksamaan.

“Kita semua telah melihat kemajuan besar yang dilakukan semua orang dalam mempromosikan sukan wanita, lebih banyak lagi pendedahan media, peningkatan tahap penyertaan, kami mahu sukan wanita berada di padang yang sama rata dengan lelaki.

“Saya rasa kejadian itu sangat mengecewakan, saya fikir ia adalah kejam, sejujurnya.

“Dia memberikannya tampon sambil berkata, ‘Saya te­lah me­ngalahkan anda, anda memukul bola seperti seorang wanita’, ini situa­si yang berlaku.

“Bagi saya, dia menganggap taraf wani­ta lebih rendah daripada lelaki,” katanya.
–AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya