Wassof lakar kejutan di Thailand

Wassof lakar kejutan di Thailand

Mohd. Wassof Rumijam dinobat sebagai juara 51kg dalam Kejohanan Muaythai Pro Thailand.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Atlet remaja negara, Mohd. Wassof Rumijam melakar kejutan pada Kejohanan Muaythai Pro Thailand dengan merangkul kejuaraan dalam kelas 51 kilogram (kg) hanya pada penampilan pertamanya kelmarin.

Berusia 19 tahun, juara Sukan Malaysia (Sukma) itu menumpaskan peserta tuan rumah, Roongphanu Saengbaramee di Amphoe Sai Buri, Pattani, Thailand.

Wassof atlet kelahiran Kuala Lumpur dan dibesarkan dalam keluarga yang mengamalkan sukan Muaythai mengakui tidak menyangka kejohanan sulung ini membuahkan kemenangan yang dianggapnya luar biasa.

Dia mengakui gemuruh ketika memasuki gelanggang kerana sifar pengalaman bertanding luar dari Malaysia.

Katanya, kemenangan itu akan digunakan sebagai pembakar semangat untuk beraksi dalam Sukan SEA di Kemboja, Mei nanti, memandangkan namanya telah disenarai pendek oleh Persatuan Muaythai Malaysia (PMM) untuk ke temasya itu.

Bagaimanapun dia akan beraksi dalam sukan kickboxing di Kemboja memandangkan muaythai tidak dipertandingkan pada temasya tersebut.

“Perasaan saya masa menang tu memang sangat gembira, sebab ini pertama kali saya sertai kejohanan besar di luar negara. Sebelum ini cuma bertanding di Malaysia.

“Dalam kejohanan itu, sebenarnya saya tak berapa kenal sangat lawan dari Thailand, cuma ada seorang yang saya tahu, namanya Rungkit (Won.Sanprapai). Saya minat dengan cara dia berlawan di atas gelanggang dan gaya permainannya,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Dalam perkembangan berlainan, PMM turut mengesahkan bahawa mereka akan mula menghantar beberapa atlet bagi menjalani jelajah lawan pro di Thailand bermula bulan ini, termasuk Juara Dunia Muaythai 2022, Mohd. Rifdean Masdor.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya