Tiada simpati buat Liverpool - Dyche

Tiada simpati buat Liverpool – Dyche

Sean Dyche ketika mengendalikan latihan Everton.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIVERPOOL: Prestasi buruk ­Li­verpool ketika ini tidak mendapat simpati pengendali Everton, Sean Dyche menjelang pertemuan dua musuh tertangga itu dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Anfield esok.

Ia perlawanan kedua Dyche sejak mengambil alih The ­Toffees, yang turut bergelut dalam liga tetapi menerima suntikan semangat selepas mengejutkan pendahulu, Arsenal 1-0 di Goodison Park minggu lalu.

Kemenangan pertama sejak 22 Oktober itu bagaimanapun gagal mengeluarkan Everton dari zon penyingkiran di tangga ketiga tercorot liga.

Sementara Liverpool pula hanya menang sekali daripada tujuh perlawanan terakhir, termasuk tewas 3-0 kepada Wolverhampton, minggu lalu.

VIRGIL van Dijk (kiri) dan Jurgen Klopp dalam sesi latihan semalam menjelang pertemuan dengan Everton esok.

“Tiada simpati dalam bola sepak. Saya boleh berempati, namun dia (jurulatih Liverpool, Jurgen Klopp) pastinya tidak memerlukan simpati saya,” kata Dyche.

Sementara itu, Reds menerima perkhabaran baik menjelang pertemuan tersebut kerana bintang penyerang Portugal, Diogo Jota dijangka kembali beraksi selepas dua bulan disisihkan akibat kecederaan. 

Liverpool juga dijangka kembali mendapat sentuhan pertahanan tengah Belanda, Virgil van Dijk yang sudah memulakan latihan bersama skuad utama, namun Thiago Alcantara mungkin terlepas peluang beraksi akibat kecederaan pinggul. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya