Terengganu tidak minat Akhyar

Terengganu tidak minat Akhyar

AKHYAR RASHID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Terengganu FC (TFC) menafikan desas-desus mengaitkan pemain lincah Johor Darul Ta’zim (JDT), Akhyar Rashid dengan pasukan itu.

Ketua Pegawai Eksekutif TFC, Ab. Rasid Jusoh berkata, perkara itu hanya khabar angin sambil menegaskan pemain tersebut tiada dalam perancangan Sang Penyu.

Menurutnya, tidak ada sebarang usaha membawa pemain Harimau Malaya itu menyertai TFC meskipun secara pinjaman seperti dilaporkan media baru-baru ini.

“Minta maaf, setakat ini saya tidak tahu-menahu (mengenai Akhyar),” katanya ringkas ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam.

Pengurusan TFC juga enggan mengulas lanjut ketika ditanya berkenaan pemain yang menjadi buruan bagi memperkuatkan pasukan itu.

Ketua jurulatih, Tomislav Steinbruckner, sebelum ini mengakui masih mencari seorang lagi pemain tengah sebelum jendela perpindahan ditutup.

Pengendali berasal Croatia itu berkata, kehadiran perancang utama penting bagi menyelesaikan ketumpulan jentera serangan TFC yang diketuai Ivan Mamut dan Adisak Kraisorn.

Menurut Steinbruckner, antara yang berada dalam radar TFC termasuk tonggak tempatan, naturalisasi dan awang import.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya