skuad badminton Malaysia mudah ratah Kazakhstan 5-0

skuad badminton Malaysia mudah ratah Kazakhstan 5-0

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUBAI: Malaysia terus unggul untuk mencatatkan kemenangan kedua dalam peringkat kumpulan Kejohanan Berpasukan Campuran Asia (BAMTC) apabila menjinakkan pasukan Kazakhstan dengan keputusan 5-0 dalam aksi yang berlangsung di Pusat Pameran Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) sebentar tadi.

Aksi pertama skuad negara menyaksikan Wong Ling Ching dipertaruhkan untuk acara perseorangan wanita lulus ujian pertama dalam kejohanan ini apabila menafikan hasrat lawan, Aisha Zhumabek dengan keputusan 21-6, 21-13.

Leong Jun Hao yang menggantikan perseorangan utama negara, Lee Zii Jia jelas selesa untuk mendominasi lawa, Dmitriy Panarin yang berada di ranking ke 117 dunia untuk mencatakan kemenangan dengan keputusan 21-12, 21-16

Perjuangan Malaysia diteruskan menerusi beregu wanita, Go Pei Kee -Teoh Mei Xing membalas kepercayaan yang diberikan barisan kejurulatihan untuk menghadiahkan mata ketiga skuad negara dengan menewaskan gandingan Nargiza Rakhmetullayeva-Kamila Smagulova dengan keputusan 21-7, 21-7.

Juara dunia beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang tidak diturunkan semalam menentang tuan rumah, tidak menghadapi masalah untuk meletakkan Malaysia semakin selesa apabila mudah menumpaskan Khaitmurat Kulmatov-Artur Niyazov dengan keputusan 21-5. 21-17,

Gandingan beregu campuran, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei melengkapkan kemenangan gemilang skuad negara dengan menewaskan Makhsut Tadzhibullaev-Aisha Zhumabek  dengan keputusan 21-9, 21-10.

Malaysia bakal membuat perhitungan dengan India esok untuk menentukan juara kumpulan B.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya