SIC harap isu Damok dapat perhatian dalam belanjawan

SIC harap isu Damok dapat perhatian dalam belanjawan

SYARIFUDDIN AZMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Selain usaha mendapatkan penajaan daripada pihak swasta, Litar Antarabangsa Sepang (SIC) juga berharap kerajaan sudi memberi sokongan dana kepada pelumba Moto3 negara, Syarifuddin Azman yang akan beraksi dalam Kejua­raan Motosikal Dunia musim ini.

Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Azhan Shafriman Hanif yakin peluang Syarifuddin atau lebih mesra dengan panggilan Damok meraih sokongan kerajaan masih terbuka memandangkan pembentangan belanjawan akan dilakukan semula hari ini.

“Saya masih mengharapkan sokongan kerajaan dan juga swasta untuk sesiapa yang berminat menaja Damok berlumba tahun ini.

“Peluang masih terbuka, kita kena tunggu pengumuman belanjawan kerajaan dan harap kita akan dapat sokongan untuk Damok terus berlumba tahun ini,” katanya.

Menurut Shafriman, SIC juga telahpun mengadakan pertemuan dengan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh untuk berbincang mengenai pembangunan sukan pemotoran dalam kalangan pelumba muda.

DAMOK ketika berlepas ke Sepanyol baru-baru ini.

“Saya ada berbincang dengan Hannah Yeoh untuk mendapatkan dana sokongan buat pelumba-pelumba kita.

“Penting untuk kita meneruskan usaha bagi mendapatkan sokongan buat Damok, Hakim Danish dan Danial Syahmi kerana mereka begitu berbakat, kita nampak prestasi mereka pada tahun lepas, amat sayang kalau tak sambung untuk tahun ini,” ujarnya.

Sebelum ini, pengurus pasukan ZK Racing, Zulfahmi Khai­ruddin mendedahkan kepada Utusan Malaysia, dengan bajet yang ada sekarang, Damok, 21, hanya mampu bertahan lima pusingan daripada 21 perlumbaan musim 2023.

Damok yang akan mewakili MTHelmets_MSi memerlukan anggaran bajet untuk satu musim sebanyak RM3.5 juta.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya