Saya tak akan bertanding jika tidak mampu bersaing

Saya tak akan bertanding jika tidak mampu bersaing

TIGER WOODS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOS ANGELES: Bekas pemain golf No. 1 dunia, Tiger Woods menegaskan, dia tidak akan bertanding jika tidak yakin mampu meraih keputusan baik apabila membuat penampilan semula pada Jelajah PGA Jemputan Genesis di Riviera Country Club hari ini.

Kejohanan itu akan menjadi permulaan kompetitif pertamanya sejak Terbuka Bri­tain, Julai tahun lalu selepas Woods memilih untuk mengurangkan komitmen ekoran ke­malangan kereta yang ­di­alami dua tahun lalu.

Woods, 47, mengakui, dia masih dalam proses pulih daripada kecederaan kaki dan buku lali tetapi yakin mampu bersaing dengan baik.

“Saya tidak akan berada di sini jika saya fikir saya mampu menewaskan mereka dan menang, itulah mentaliti saya,” katanya.

Legenda Amerika Syarikat (AS) itu pernah tampil dalam program televisyen, The Match dan Kejohanan PNC bersama anaknya Charlie, ­Disember lalu.

Begitupun, dalam kedua-dua kejohanan itu dia menggunakan troli sebagai bantuan untuk berjalan, menimbulkan pertanyaan mengenai keupa­yaannya untuk bertanding.

Woods memiliki 82 gelaran Jelajah PGA, namun belum pernah meraih kemenangan di Riviera biarpun ia lapangan pertamanya sebagai pemain amatur pada usia 16 tahun. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya